Bagaimana Pilih Susu Yang Sesuai Untuk Tambah Susu Ibu

Susu adalah keperluan setiap ibu menyusu kerana susu kaya dengan kalsium, vitamin dan mineral yang membantu ibu untuk kekal sihat dan membekalkan susu badan yang berkhasiat untuk anak. Pemakanan ibu sangat penting dan memberi kesan jangka panjang pada tubuh ibu sekiranya tidak dititikberatkan.

Bagaimana memilih susu yang sesuai untuk tambah susu ibu?

  1. Susu untuk tambah susu ibu – Susu yang sesuai untuk ibu menyusu adalah susu yang mengandungi bahan-bahan semula jadi yang dapat membantu menambah susu ibu. Selain mendapat khasiat dari pengambilan susu, susu ibu juga akan semakin bertambah untuk bayi
  2. Susu kambing – Susu kambing mengandungi banyak khasiat dan bersifat alkali. Ianya sangat baik untuk pencernaan, juga dapat mengelakkan gastrik dan sembelit. Susu kambing Malaysia juga adalah susu untuk tambah susu ibu.
  3. Menggunakan bahan-bahan semulajadi – Bagi ibu menyusu, adalah digalakkan untuk mengamalkan susu dengan campuran bahan-bahan semula jadi seperti kurma, madu, zaitun dan delima.
  4. Pilih susu khas iaitu susu untuk ibu mengandung Malaysia & susu untuk ibu menyusu. Pengambilan susu yang bersesuaian pasti dapat membantu memperbanyakkan susu badan dan sebagai persediaan dari sejak hamil lagi.

Susu mempunyai nutrisi yang secukupnya. Susu mengandungi kalsium, vitamin D dan banyak lagi khasiat yang terkandung dalam susu. Ibu menyusu perlu meminum susu bagi menggantikan kalsium dan nutrisi yang hilang dalam badan ketika hamil dan menyusu.  Bayi juga akan berkongsi nutrisi yang lengkap.Susu dapat membekalkan tenaga, dan mengurangkan keletihan. Di samping itu, susu juga mengenyangkan.