Kesihatan

Apa Itu Krimer?

By 23/04/2021 No Comments

Hai mommies, harini Mama Amy ada sedikit perkongsian tentang krimer. Mommies biasa dengar tak tentang krimer?

Sebenarnya, krimer terbahagi kepada dua jenis iaitu krimer tenusu dan krimer bukan tenusu.

Krimer sering kali digunakan dalam penghasilan produk makanan kerana ianya bertindak sebagai agen pemekat dan juga pemanis.

Perbezaan Krimer Tenusu dan Krimer Bukan Tenusu
Apa yang membezakan krimer tenusu dan bukan tenusu adalah dari sumber krimer tersebut, nilai nutrisi dan juga kesannya kepada kesihatan.

Krimer tenusu boleh didapati daripada sumber haiwan kerana ianya mengandungi lemak susu (lemak tepu) dan laktosa.
Krimer bukan tenusu pula bertindak seperti fungsi susu tetapi tidak mengandungi laktosa yang terdapat dalam susu ini bewarna putih dalam bentuk cecair atau serbuk, dan selalunya dIjumpai dalam minuman seperti minuman 3 in 1.

Antara kandungan krimer bukan tenusu ialah maltodekstrins, pepejal sirap jagung, dan ‘partially hydrogenated vegetable oil’.
Bahan pepejal sirap jagung (corn syrup) bertindak sebagai pemanis yang meniru rasa kemanisan daripada sumber tenusu.
Manakala separa hidrogenasi lemak sayuran bertindak untuk memberi tekstur dan rasa yang berlemak. Krimer bukan tenusu mengandungi kurang nutrisi kerana ia tidak mengandungi kalsium dan protein.

Kenalpasti Krimer Bukan Tenusu
Bagaimana mommies nak kenalpasti sama ada sesuatu produk mengandungi krimer bukan tenusu?

Senang je, mommies boleh baca senarai ramuan untuk mengetahui isi kandungan makanan di belakang bungkusan makanan atau minuman. Krimer bukan tenusu juga dikenali sebagai minyak sayuran, lemak sayuran dan krimer sejat.

Kesan Pengambilan Krimer Bukan Tenusu
Pengambilan krimer bukan tenusu secara berlebihan boleh memberi kesan kepada kesihatan kerana kandungan lemak tepu yang tinggi. Menurut kajian, pengambilan lemak yang tinggi boleh menyebabkan masalah kencing manis dan jantung.

Pastikan mommies membuat pilihan produk yang bijak untuk menjamin kesihatan yang lebih baik. Semoga perkongsian harini memberi manfaat kepada mommies.

Mommies nak tau, produk-produk MOMMA® iaitu MOMMA® Pregolact® dan MOMMA® Evermom™ TIDAK mengandungi krimer bukan tenusu.

Ianya lebih sihat dan berkhasiat untuk mommies dan baby ❤️

Leave a Reply

error: