Minum MOMMA Dan Bawa Pulang Stroller​

Kepada mommies,

Terima kasih sebab mempercayai MOMMA Nutrition sebagai salah satu effort atau usaha untuk membantu mommies menempuhi tempoh masa menyusu ini.

Kami berharap agar anda terus untuk bersama kami untuk sepanjang tempoh 2 tahun ini.

Untuk pengetahuan mommies, campaign Scan & Win kami adakan untuk hargai pelanggan setia kami.    

Caranya mudah sahaja. Mommies isi form di sebelah ni sahaja. Sertakan juga resit sebagai bukti pembelian ya.

Tahniah mommies!

Ikhlas dari,

Kak D.

Mommy isi je dekat sini untuk join contest Scan & Win

Hanya 3 Cara Mudah Untuk Menang

Imbas Kod QR Di Luar Kotak

WhatsApp Image 2023-11-23 at 4.14.44 PM

3 Pemenang Sebelum Ni, Adakah Mommy Seterusnya?

Kenapa Menyusu Hingga 2 Tahun?

Kak D pasti mommy yang sedang membaca ini pasti sudah tahu tentang kepentingan penyusuan susu ibu, tetapi tahukah mommy kenapa penting untuk menyusu hingga si manja 2 tahun?

Tahniah mommy kerana memilih penyusuan susu ibu! Mommy telah membuat pilihan yang tepat.

Bukan semua ibu sanggup bersusah-payah untuk menyusukan si manja mereka. Ramai yang memilih untuk berikan si manja susu formula, atas faktor tertentu.

Tetapi mommy adalah salah seorang antara ibu hebat yang memilih penyusuan susu ibu walaupun banyak cabaran dan halangan.

Tempoh 2 tahun adalah perjalanan yang panjang, Kak D harap sharing Kak D di sini dapat membantu mommy semua untuk kekal bersemangat, tak mudah give up, dan tetap meneruskan penyusuan hingga si manja Mommy berusia 2 tahun.

Kenapa penyusuan perlu diteruskan sehingga 2 tahun? Teruskan membaca ya Mommy!

 

Susu ibu memang terbaik untuk nutrisi bayi

1. Antibodi

Bayi yang diberikan susu ibu mempunyai antibodi yang lebih kuat untuk melawan menyakit. Lebih-lebih lagi keadaan sekarang, si manja kita terdedah kepada bahaya Covid-19, influenza dan macam-macam lagi.

Jadi, sangatlah perlu untuk mommy tingkatkan antibodi si manja dengan susu ibu.

Susu ibu kaya dengan kolostrum (yang mempunyai tinggi antibodi). Ianya keluar dalam 1-4 hari selepas kelahiran. Kolostrum adalah cecair yang likat dan berwarna kuning dan mempunyai komposisi antibodi badan yang kuat yang mampu memberi perlindungan yang maksimum kepada bayi dari sebarang jangkitan.

Selagi mana bayi diberikan susu ibu, bayi anda akan terus mendapat antibodi dari susu ibu.

Berbeza dengan bayi susu formula, susu ibu mengandungi beberapa faktor anti infeksi untuk melawan jangkitan. Ianya membantu menghindarkan bayi daripada pelbagai jenis jangkitan kuman.

Lihat perbezaan komposisi susu formula berbanding susu ibu seperti diagram berikut:

Dalam susu ibu terdapat enzim, growth factors, anti-parasites, anti-allergies, anti-viruses, hormones dan antibodies yang tidak terdapat dalam susu formula

Hebatkan susu ibu?

Bayangkan betapa sihatnya anak anda sekiranya diberikan susu ibu terus menerus hingga 2 tahun.

Jadi Kak D sangat menggalakkan mommy untuk berusaha untuk meneruskan penyusuan susu ibu sampai 2 tahun

2. Ikatan Kasih Sayang

Tahu tak apa yang terbaik yang boleh diberikan kepada bayi mommies?

Masa.

Melalui penyusuan susu ibu, mommy dapat meluangkan masa bersama bayi, ikatan kasih sayang antara mommy  dan si manja akan terjalin lebih erat.

Lazimnya, bayi yang minum susu ibu lebih manja dan rapat dengan ibu. Hati mereka lembut dan sangat rapat dengan ibu mereka.

15-20 minit dalam setiap sesi penyusuan bakal membantu anak anda mendapat kasih sayang dan pelukan yang cukup dari seorang ibu.

Anak yang mendapat kasih sayang yang cukup, bakal menjadi anak yang kuat, bertimbang rasa dan penyayang apabila besar kelak.

3. Meningkatkan Perkembangan IQ Kanak-Kanak

Otak bayi membesar 2x ganda dalam tahun pertama kelahiran, manakala 2 tahun pertama adalah golden time untuk si manja mommy. Jadi jangan pandang ringan tau mommy.

Dalam susu ibu, terdapat AA, DHA, protein, laktosa dan lemak lain yang merupakan zat yang penting untuk merangsang pertumbuhan otak.

Bukan itu sahaja, sentuhan, pelukan dan rangsangan melalui belaian dan komunikasi seorang ibu juga dapat membantu pertumbuhan otak si manja.

Jangan lupa untuk berborak dengan si manja semasa menyusu!

Ada kajian menunjukkan kanak-kanak berumur 7 hingga 8 tahun yang diberi minum susu ibu minimum 6 bulan dan seterusnya ketika usia bayi, mempunyai tahap mental yang lebih tinggi berbanding kanak-kanak yang disusui dengan susu formula.

4. Senang Nak Travel

Penyusuan susu ibu sangat mudah, anda tak perlu susah payah untuk membawa bekalan susu formula, botol-botol susu, termos air panas, air kosong, beg barang susu dan sebagainya ketika sedang travel.

Susu badan dah ready dan sangat mudah bagi mommy kerana tak memerlukan botol untuk dibancuh atau dibasuh.

Mudahkan?

5. Mengecutkan Rahim

Penyusuan susu ibu perlu dibuat sebaik sahaja bayi lahir bagi membantu mempercepatkan proses pengecutan rahim kepada saiz asal. Rahim kita mengembang di sepanjang kehamilan.

Dengan adanya hormon oksitosin yang penting dalam penghasilan susu ibu, ianya juga berfungsi membantu rahim kembali ke saiz asal dengan lebih cepat.

6. Turunkan Berat Badan Ibu

Ini antara sebab yang Kak D paling suka tentang penyusuan susu ibu, selain baby dapat khasiat, kita mommy pun dapat kurangkan berat badan tau.

Setiap 1 oz susu ibu, sebanyak 20 kalori akan terbakar.

Bayangkan sekiranya si manja mommy minum 25oz sehari. Kan 500 kalori dah terbakar.

Tanpa perlu berpenat untuk bersenam, mommy masih boleh turunkan berat badan & dapat berat yang ideal tau!

Seronokkan, tapi jangan pula tak bersenam langsung mommy. Bila bersenam badan kita akan lebih sihat dan segar.

7. Lebih Ekonomi

Dengan penyusuan esklusif sehingga 6 bulan, mommy akan dapat jimat banyak tanpa membeli keperluan makanan lain seperti susu formula, yang tentunya lebih mahal dan memerlukan perbelanjaan yang tinggi.

Langkah bijak yang mommy boleh ambil adalah memastikan diri mommy mendapat pemakanan berkhasiat, yang dapat membantu menambah susu badan. Pada masa yang sama, mommy dah si manja mendapat manfaat!

Bukan kah ini lebih baik?

8. Mengurangkan risiko kanser

Seperti yang mommy tahu, kanser adalah punca ke-2 kematian yang tertinggi di Malaysia. Dan kita sebagai wanita memang terdedah kepada risiko kanser, antaranya kanser payudara dan kanser rahim. Namun risiko ini dapat dikurangkan atau dielakkan sekiranya mommy memilih untuk menyusu badan.

Jadi buatlah pilihan yang tepat untuk kesihatan jangka panjang mommy dan si manja

Kak D harap 8 sebab di atas dapat membantu mommy membuat keputusan untuk nekad meneruskan penyusuan sampai 2 tahun. Susu ibu adalah yang terbaik, untuk mommy dan si manja.

Bayangkan betapa seronoknya mommy bila dapat mencapai misi penyusuan sehingga 2 tahun. Jadi, bermula dari hari ini, jom kita tanam azam untuk menyusu hingga 2 tahun.


Kak D ucapkan terima kasih kerana mempercayai brand MOMMA® dan selamat menyusu mommy semua. Semoga perkongsian Kak D di sini dapat membantu mommy meneruskan penyusuan sampai 2 tahun.

© 2024 Momma Industries Sdn Bhd. All Rights Reserved.