Jangan Tertipu Dengan Milk Booster Tiruan. Ini Petua Untuk Mengelakkannya

Milk booster atau dalam erti kata lain adalah penggalak susu ibu di mana ianya mudah untuk didapati dalam pasaran Malaysia.

 

Ianya sesuai diambil oleh ibu yang mengalami masalah kekurangan susu badan untuk bayi mereka dan juga untuk golongan ibu yang mahu menyusu anak mereka sehingga berusia 2 tahun matang.

 

Namun, ada perkara yang membimbangkan ibu bapa zaman kini iaitu masalah barangan tiruan yang berlaku di Malaysia.

 

Lambakan barangan tiruan menjadi satu fenomena di pasaran Malaysia sama ada ianya barangan kosmetik, kesihatan, pakaian, minuman mahupun makanan tambahan.

 

Ianya merangkumi pelbagai aspek di mana para peniaga mahukan keuntungan dengan segera melalui jalan yang singkat namun membahayakan kesihatan pengguna dan ‘milk booster’ tiruan juga antara yang tersenarai hitam.

 

Disebabkan itu, MOMMA milk booster telah mencari penyelesaian bagi masalah ini untuk pelanggan yang setiap dengan produk MOMMA milk booster.

 

Senarai dibawah merupakan petua yang perlu anda ikuti untuk mengelak daripada terbeli milk booster tiruan:

 

Beli di laman web rasmi

 

Antara penyelesaian yang boleh diikuti adalah ibu mahupun sang suami boleh membeli produk milk booster di laman web rasmi syarikat yang menjual milk booster. Hal ini kerana, produk tersebut akan disalurkan secara langsung daripada syarikat yang menghasilkan produk milk booster tersebut.

 

Beli di farmasi

 

Selain itu, para pengguna boleh mendapatkan milk booster asli dengan membeli di rangkaian farmasi yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Hal ini kerana, farmasi akan memastikan segala produk yang akan diletakkan di premis mereka merupakan yang asli dan diiktiraf untuk menjaga kualiti serta kredibiliti syarikat terhadap pengguna di Malaysia.

Pengesahan daripada pihak KKM

 

Pengesahan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia merupakan antara salah satu tanda bahawa produk tersebut selamat untuk digunakan. Hal ini kerana, pihak KKM akan memastikan bahawa produk yang selamat digunakan perlu melalui beberapa tapisan keselamatan sebelum dipasarkan ke pasaran Malaysia.

 

Lihat pada packaging produk

 

Mungkin agak susah untuk membezakan keaslian milk booster melalui packaging, Namun pengguna boleh membezakan sama ada produk tersebut asli ataupun tiruan dengan melihat bentuk serta rekaan packaging tersebut kerana melalui packaging, produk tiruan tidak dapat meniru secara menyeluruh daripada packaging yang asli.

 

Dapatkan daripada ejen yang sah

 

Kebanyakan syarikat yang mengeluarkan makanan tambahan atau minuman tambahan akan menggunakan platform yang lain selain daripada laman web dan media sosial iaitu dengan melantik ejen-ejen yang sah. Daripada ejen-ejen yang sah, pengguna boleh dapatkan produk milk booster yang asli dan dapat mengelak daripada membeli milk booster tiruan di pasaran.

 

Dapatkan di kedai bayi

 

Sama seperti farmasi, kedai bayi juga akan memastikan bahawa produk-produk yang dibawa masuk ke kedai bayi merupakn produk yang asli dan mendapat pengiktirafan serta kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Daripada situ, pembeli akan berasa lebih yakin dalam membeli dan yang pasti produk yang terdapat di kedai bayi hanya produk asli sahaja.

 

Justeru itu, sebelum ingin membeli produk milk booster di pasaran, pastikan ianya adalah yang asli kerana kita dapat membezakan produk yang asli dan tiruan jika kita berfikir dan siasat dahulu sebelum membuat apa jua pembelian.
Apa yang pasti, produk milk booster akan membantu bukan sahaja kepada si ibu, tetapi kepada si kecil yang perlukan nutrisi yang sihat untuk tumbesaran mereka.