KehamilanPenyusuan

Kebaikan Omega-3 Untuk Ibu Menyusu Dan Hamil

By 23/04/2021 No Comments

Kali ini Mama Amy nak cerita sikit tentang Omega-3. Biasa dengar atau baca pasal Omega-3 tak, mommies?

Tahu tak kenapa Omega-3 ni penting sangat sangat pada bayi, kanak kanak dan juga ibu hamil dan menyusu? Mama Amy terangkan sikit ya untuk pengetahuan mommies.

Apa Itu Omega-3?
Pentingnya Omega 3 ni sampaikan kebanyakan susu ibu dan susu formula bayi dan kanak-kanak mesti ada kandungan ni. Omega 3 ni adalah sejenis asid lemak yang merangkumi EPA, DHA dan ALA. EPA dan DHA ni boleh didapati daripada haiwan, manakala ALA pula daripada tumbuhan. Biasanya Omega 3 diekstrak daripada minyak ikan dan dijadikan sebagai suplemen kesihatan.

Kenapa Omega-3 Penting?
Kajian mendapati kebaikan Omega 3 untuk ibu hamil termasuklah dapat mencegah kelahiran pra-matang, mengekalkan keseimbangan hormon prostaglandin yang membantu mengawal tekanan darah, fungsi buah pinggang dan penghasilan hormon hormon yang lain semasa hamil. Selain itu, pengambilan Omega 3 sewaktu hamil juga dapat menyokong pembentukan kognitif dan sistem saraf bayi.

Bagi ibu selepas bersalin pula, Omega-3 berfungsi untuk menghasilkan susu badan, jadi amatlah digalakkan untuk ibu ibu menyusu mengambil susu ibu yang mengandungi Omega-3 sepanjang penyusuan. Pengambilan Omega 3 yang cukup juga dapat mengurangkan risiko allergi pada bayi.

Dari Mana Sumber Omega-3?
Selain susu atau suplemen, Omega-3 juga boleh didapati melalui sumber makanan seperti salmon, tuna, sardin, ikan bilis dan ikan parang. Pengambilan Omega-3 ni sangat penting dan banyak memberi kebaikan kepada ibu dan bayi.

MOMMA® Pregolact® pun ada Omega-3 tau. Jadi, mommies yang nak perkembangan bayi yang optimum, bolehlah minum MOMMA® Pregolact® sejak dari awal kehamilan lagi untuk mendapatkan kebaikan Omega-3.

Leave a Reply

error: