Tahukah anda bahawa barli adalah salah satu tanaman bijirin kelima terbesar yang ditanam di dunia? Mari kita ketahui khasiat barli yang menakjubkan ini.

Sejak zaman berzaman, khasiat barli bukan sahaja dijadikan makanan, malah boleh dijadikan minuman yang berkhasiat. Kajian dan penyelidikan sering dijalankan untuk memahami khasiat barli yang menakjubkan ini.

Barli kaya dengan vitamin B kompleks, zat besi, kalsium, magnesium, manganese, selenium, zink, protein, asid amino, serat dan beberapa jenis antioksida yang lain.

Salah satu cara mudah untuk mendapatkan khasiat barli ini adalah dengan cara membuat air barli.

Anda bukan sahaja dapat menikmati keenakan serta kelazatan air barli, malah ianya mampu menyihatkan tubuh badan anda.

 

Mari kita lihat 10 khasiat barli kepada kesihatan tubuh badan yang perlu anda ketahui.

 

10 Khasiat Barli

Berikut merupakan senarai khasiat barli dari pelbagai sudut kesihatan:

 

1. Melawaskan Air Kencing

Apabila mengamalkan air barli secara konsisten, ia membantu mengurangkan masalah kesukaran membuang air kencing.

Beras barli mampu meningkatkan kadar penghasilan air kencing. Ini untuk membantu memperbanyakkan kadar pengeluaran toksik dan bakteria yang menyebabkan jangkitan pada badan.

Selain itu, khasiat barli juga bertindak sebagai ejen anti-keradangan untuk sistem urinari.

Ianya juga berperanan untuk mengurangkan bau air kencing.

Bagi mereka yang ada masalah sukar buang air, anda perlu minum beberapa cawan air barli setiap hari secara konsisten sehingga masalah tersebut dapat diatasi dan kembali sembuh.

 

2. Membantu Menurunkan Berat Badan

Anda mengimpikan untuk mendapatkan berat badan yang ideal?

Tahukah anda khasiat barli ni mampu menurunkan berat badan anda? Ini adalah kerana barli kaya dengan serat yang boleh membuatkan anda kenyang dalam jangka masa yang panjang.

 

 

Bagi mendapatkan kesan yang maksimum, anda disarankan meminum 3 cawan air barli setiap hari.

 

3. Menurunkan Tahap Kolestrol

Pengambilan barli mampu menurunkan kadar kolestrol dalam darah, sekaligus dapat mengurangkan risiko sakit jantung.

Untuk pengetahuan anda, serat yang terdapat di dalam beras barli tinggi boleh mengelakkan penyerapan kolestrol dari makanan ke perut dan usus.

 

4. Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung

Jantung merupakan antara organ terpenting dalam tubuh badan kita.

Salah satu cara untuk menjaga kesihatan jantung kita adalah dengan meminum air barli.

Barli mengandungi Tokotrienol dan tokoferol yang tinggi.

Ia merupakan minyak yang bertindak sebagai antioksida semulajadi yang dapat membantu meneutralkan radikal bebas dan mampu mengurangkan risiko penyakit jantung.

Air barli turut mencegah anda daripada mendapat atherosclerosis. Ianya satu keadaan di mana dinding saluran arteri (saluran darah) disekat dengan gumpalan lemak.

Keadaan ini jika berterusan boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan.

 

 

 

5. Sistem Penghadaman Yang Sihat

Air barli bersifat alkali dan diperkaya dengan serat ini sangat membantu dan memudahkan perut kita untuk mencerna makanan.

Disebabkan itu, ianya mempercepatkan proses penghadaman nutrisi makanan, dalam pada masa yang sama mengekalkan kesihatan usus.

Sekiranya anda mengalami cirit-birit, amalkan meminum air barli ni.

Hal ini kerana air barli mampu menstabilkan kembali bendalir dalam darah.

 

6. Mengawal Gula Dalam Darah 

Bagi individu yang menghidap kencing manis, air barli adalah minuman yang sesuai untuk diamalkan.

Ini kerana khasiat barli boleh menstabilkan kadar gula dalam darah.

Beta-glucan yang terdapat di dalam beras barli dapat membantu mengurangkan kadar penyerapan glukosa selepas makan. Ia juga mengurangkan peningkatan glukosa dan insulin dalam badan.

 

7. Untuk Kulit Yang Sihat dan Cerah

Toksin yang terperangkap dalam badan akan membuatkan badan dan kulit kita kelihatan lesu dan tak bermaya.

Air barli boleh membantu anda mengeluarkan toksin dari badan supaya kulit kelihatan sihat dan berseri.

 

Dalam beras barli terdapat satu bahan yang dikenali sebagai asid azelaic yang bagus untuk merawat masalah jerawat.

Selain itu, ianya juga mampu mengurangkan masalah keradangan pada kulit dan mengelakkan liang pori dari tersumbat.

Antioksida yang terdapat di dalam barli boleh melawan radikal bebas. Ini boleh melambatkan proses penuaan.

Bagi sesiapa yang nak awet muda, amalkan khasiat minum air barli ni ya.

 

8. Menyejukkan Tubuh Badan

Fuh! Bila cuaca panas terik, layan habis minum air barli ni.

Air barli bukan sahaja dapat menghilangkan rasa haus, malah menyejukkan tubuh badan kita juga.

Kadar haba di dalam badan juga dapat dikurangkan.

Tips untuk menjadikan air barli lebih bagus adalah menambah perahan limau atau lemon dan sedikit gula.

Boleh diminum dalam keadaan suam ataupun sejuk.

 

9. Mengubati Luka Ringan

Biji barli juga turut digunakan sebagai salah satu ramuan untuk merawat luka kecil dan juga luka akibat terbakar.

Caranya mudah sahaja, rebuskan biji barli sehingga lembut, kemudian lenyekkan dan tampal ke bahagian luka.

 

10. Khasiat Barli Untuk Ibu Mengandung

ibu mengandung minum barli

 

Barli sangat sesuai untuk diamalkan oleh ibu mengandung.

Dengan mengamalkan minuman ini, ia membantu mempercepatkan proses penghadaman dan mencegah sembelit.

Selain itu, ia mengawal kadar gula dalam darah untuk mengelakkan sebarang masalah semasa mengandung.

Ibu mengandung juga boleh mengambil manfaat air barli ini untuk meningkatkan kadar penghasilan susu badan mereka.

Ramai ibu yang berpuas hati mereka tiada masalah kekurangan susu setelah bayi mereka dilahirkan. Bayi kenyang, ibu pun riang!

Anda juga boleh mencuba minuman penggalak susu daripada Momma-Nutrition.

Jadi yang mana satu khasiat barli yang anda mahukan? Kongsikan di ruangan komen di bawah.

Team Momma

Author Team Momma

More posts by Team Momma

Leave a Reply