FREE WORLDWIDE SHIPPING OVER $100

LAST CALL: LOWEST PRICE GUARANTEE 50% OFF. EXPLORE

Laktasi
Posted in

5 Cara Banyakkan Susu

Posted in

Khasiat susu ibu kepada bayi tiada tandingannya walau secanggih mana pun teknologi masa kini. Sehingga hari ini, pengamal perubatan berpendapat susu ibu masih yang paling terbaik buat bayi. Jadi tidak hairanlah kenapa setiap ibu mempunyai keinginan yang kuat untuk menjayakan penyusuan susu ibu. Apabila susu kurang, ibu mula tercari-cari cara banyakkan susu ibu.

Antara khasiat terpenting dalam penyusuan susu ibu adalah membantu perkembangan otak bayi. Setiap ibu mahukan anak yang sihat dan bijak. Penyusuan susu ibu dikatakan mampu meningkatkan IQ bayi. Ini adalah kerana hadirnya docosahexaenoic acid atau lebih dikenali sebagai DHA di dalam susu ibu.

DHA merupakan nutrisi yang sangat penting dan berperanan aktif untuk perkembangan otak bayi. Khasiat susu ibu yang hadirnya DHA merupakan lemak utama pembentuk otak, retina mata dan sistem saraf pusat. Interaksi di antara ibu dan bayi sewaktu proses penyusuan juga secara tidak langsung membantu perkembangan intelek bayi.

Apabila ibu mula bekerja semula, ibu di pengaruhi oleh keadaan persekitaran dan stress. Kekangan masa untuk mengepam juga menyebabkan susu ibu semakin berkurangan dan tidak cukup untuk si manja.

Pastinya ramai ibu di luar sana tercari-cari cara banyakkan susu ibu bagi menampung keperluan si manja.  Kami sediakan 6 cara banyakkan susu ibu untuk anda.

cara simpan stok susu

Konsep Demand dan Supply

Susukan si manja dengan kerap mengikut pemintaan si manja. Namun, kenalpasti punca si manja menangis, lapar bukanlah satu-satunya punca si manja anda menangis. Kenali konsep demand dan supply iaitu semakin penyusuan berlaku semakin banyak susu yang akan dihasilkan. Menurut The Baby Book, 2003 penyusuan susu dengan kerap dapat meransang hormon prolaktin untuk meningkatkan penghasilan susu ibu.

Elakkan stress

Berfikiran positif dan dapatkan sokongan keluarga. Tahukah ibu, kekurangan sokongan dalam penyusuan susu ibu boleh menyebabkan ibu berasa tertekan dan secara tidak langsung mengganggu penghasilan susu ibu. Dapatkan sokongan dari suami.

Air masak 3-4 liter

Cara banyakkan susu badan paling penting adalah minum air masak yang cukup. Minum 3-4 liter sehari bagi memenuhi keperluan badan dan penghasilan susu ibu yang sebahagian besar komposisinya terdiri dari air. Pengambilan jus buah-buahan tanpa ais adalah sangat digalakkan. Di samping rasa yang lebih sedap, juga terkandung pelbagai vitamin di dalamnya.

Jadual pam

Menyusun jadual sesi pam bagi ibu-ibu yang bekerja. Pastikan anda mengepam susu setiap 3-4 jam di pejabat. Rata-rata ibu mengalami penurunan susu badan yang mendadak diakibatkan oleh jadual mengepam susu yang tidak menentu. Susun jadual kerja anda, berikan sedikit masa 15-20minit untuk mengepam susu.

Makan makanan berkhasiat

Dapatkan nutrisi yang cukup bagi keperluan anda dan si manja. Susunlah jadual aktiviti harian anda supaya jadual waktu makan tidak terganggu.Dalam kehidupan harian yang memerlukan pergerakan yang pantas, dan aktiviti yang pelbagai pasti adakalanya anda gagal memenuhi keperluan makanan. Perut yang lapar dan kosong secara tidak langsung boleh menjejaskan penghasilan susu.

Minum Susu Ibu Menyusu MOMMA® Pregolact®

MOMMA® Pregolact® mengandungi bahan semulajadi yang bertindak sebagai milk booster. Ianya diformulasi khas untuk ibu hamil & menyusu supaya susu badan lebih lancar dan banyak. Bukan sekadar milk booster , MOMMA® Pregolact® melengkapkan nutrisi yang kurang pada badan ibu dan menjadikan ibu lebih bertenaga untuk menyusu dan membuat aktiviti-aktiviti rumahtangga.

Ini adalah antara cara banyakkan susu badan selepas bersalin yang cepat dan berkesan.

Menurut kajian amalan minum susu ketika hamil dan menyusu dapat meningkatkan lagi kualiti susu badan.Sekiranya anda seorang ibu menyusu, susu adalah salah satu keperluan dalam diet pemakanan anda.

Susu mempunyai nutrisi yang secukupnya. Susu mengandungi kalsium, vitamin D dan banyak lagi khasiat yang terkandung dalam susu. Ibu menyusu perlu meminum susu bagi menggantikan kalsium dan nutrisi yang hilang dalam badan ketika hamil dan menyusu.  Bayi juga akan berkongsi nutrisi yang lengkap.

Susu dapat membekalkan tenaga, dan mengurangkan keletihan. Di samping itu, susu juga mengenyangkan

Segelas susu dipenuhi dengan pelbagai nutrien yang penting untuk tubuh:

Vitamin : untuk sel darah merah

Kalsium : untuk tulang yang kuat.

Kalium: untuk sistem saraf

Zink : untuk imunisasi badan

Terlalu banyak faedah dengan pengambilan segelas susu ibu hamil & susu laktasi (ibu menyusu) setiap hari bagi setiap ibu hamil dan menyusu.

Untuk tempahan segera, hubungi kami, klik sini

Join the conversation

SHOPPING BAG 0