FREE SHIPPING OVER RM173 (Peninsular Malaysia)

LAST CALL: LOWEST PRICE GUARANTEE 50% OFF. EXPLORE

Petua & Nasihat
Posted in

6 Cara Atasi Muntah Susu

Atasi muntah susu bayi
Posted in

MOMMA Pregolact

Muntah susu amat dirisaukan oleh  ibubapa yang baru menerima cahaya mata. Masakan tidak, ia bukan sekadar muntah biasa, atau jeluak, sedikit susu yang terkeluar dari mulut bayi selepas disusukan. Tetapi, ia muntah yang banyak atau mungkin keseluruhan susu yang baru diminum. Ini membuatkan bayi berasa sangat tidak selesa dan akan menangis dengan kuat.

Muntah yang banyak itu memerlukan anda bukan sahaja menukar baju bayi, tetapi juga baju anda dan juga cadar katil yang terkena muntah tadi. Bayangkan jika bayi anda muntah begitu di dalam kereta atau ketika bersiar-siar. Perkara ini sukar untuk dijangka. Untuk bayi yang mengalami masalah ini, selalunya ibubapa perlu membawa baju tambahan si anak setiap kali mahu membawanya keluar.

Masalah bayi muntah susu ini dikenali sebagai fenomena gastro-esophageal reflux yang disebabkan oleh ketidakmatangan otot yang berada di antara perut dan saluran pernafasan. Otot tersebut sepatutnya berfungsi untuk menghalang susu yang ditelan keluar dari perut bayi. Disebabkan masih tidak matang, otot tersebut tidak mengecut ketat dan menutup rapat saluran perut. Bayi akan mengalami muntah susu apabila terdapat ruang yang membolehkan susu masuk semula ke esofagus.

Jom pratikkan teknik-teknik di bawah ini untuk mengatasi masalah muntah susu bayi anda:

  1. Tinggikan kepala bayi

Cuba tinggikan posisi kepala bayi dari badannya ketika menyusu. Teknik memegang bayi yang betul ketika menyusukan amat penting. Ini mempengaruhi aliran susu yang sampai ke dalam perut bayi. Cari masa untuk menyertai kelas menyusu yang dianjurkan oleh hospital kerajaan atau badan swasta untuk ilmu penyusuan yang betul.

  1. Susukan dalam keadaan tegak

Dapatkan kerusi atau letakkan bantal untuk menyokong badan ketika menyusukan bayi semasa duduk. Cara ini lebih mudah untuk menyusukan anak anda dalam posisi tegak. Pastikan perut anda bertemu dengan perut bayi. Ini dapat mengurangkan risiko daripada terjadi muntah susu.

  1. Susukan sedikit tetapi kerap

Berikan susu dengan sedikit tetapi kerap. Untuk ibu yang menyusukan secara terus, anda boleh melihat aliran pancutan susu yang sedang diminum. Hentikan jika ia terlalu laju dan banyak. Susu yang diminum berterusan dalam keadaan begini boleh menyebabkan muntah susu, bahkan boleh menyebabkan bayi terserdak susu

  1. Elakkan tekanan pada perut bayi

Pastikan tiada tekanan pada perut bayi, terutamanya pakaian yang terlalu ketat. Longgarkan barut dan elakkan dari sering menekan perut bayi yang baru sahaja selesai minum susu.

  1. Jangan Lupa Sendawakan bayi

Ibu mesti sentiasa ingat untuk sendawakan bayi setiap kali selepas menyusukannya. Jika bayi anda terlalu kecil untuk disendawakan, pastikan bayi tadi diletakkan di dalam posisi menegak atau meniarap untuk 30 minit pertama bagi mengelakkan muntah susu berlaku.

  1. Lakukan urutan bayi

Apabila ada masa terluang, lakukan urutan badan untuk bayi manja anda. Ini akan membantu melancarkan peredaran darah, melancarkan sistem penghadaman dan menguatkan otot bayi. Selain itu, urutan ini juga boleh mengurangkan risiko refluks dan kembung perut pada bayi.

Kebiasaannya, masalah muntah susu bayi ini akan berkurangan apabila umur bayi mencecah usia 1 hingga 2 tahun. Pengalaman sepanjang menjadi ibu juga akan mengajar anda untuk mengatasi masalah bayi muntah susu ini dari masa ke masa. Walaupun ia tidak terjadi kepada semua bayi, tetapi ibubapa perlu ambil berat akan masalah ini. Setiap pemkembangan bayi itu berbeza. Apabila anda berhadapan dengan masalah ini kelak, anda sudah bersedia dan tahu apa yang perlu dilakukan.

 

Join the conversation

SHOPPING BAG 0