FREE SHIPPING OVER RM173 (Peninsular Malaysia)

LAST CALL: LOWEST PRICE GUARANTEE 50% OFF. EXPLORE

Petua & Nasihat
Posted in

7 Jus Buah-Buahan Untuk Ibu Hamil

jus buah-buahan
Posted in

Jus buahan-buahan memang banyak khasiatnya terutama buat ibu-ibu yang sedang hamil.

Ibu mengandung memerlukan banyak khasiat dan nutrisi untuk keperluan dirinya sejak awal kehamilan lagi supaya ibu dan anak di dalam kandungan sihat dan membesar dengan baik.

Pengambilan jus buah-buahan yang baik untuk ibu hamil antara perkara sangat penting kerana ia merupakan makanan semulajadi.

Jus buah-buahan mempunyai banyak keistimewaan antaranya kaya kandungan zat besi yang bermanfaat. Buah buahan membekalkan nutrisi seperti beta carotene yang membantu pembentukan tisu dan sel tubuh, dan juga menguatkan sistem imun badan untuk melindungi badan si ibu dan bayi mereka.

Walaupun terdapat banyak jenis buah yang disarankan untuk ibu mengandung tetapi ada juga perlu dielakkan kerana boleh memberi kesan kepada kandungan.

Berikut merupakan antara 7 jenis jus buah-buahan yang elok dimakan sepanjang kehamilan.

1. Jus Avokado / Alpukat

Jus avocado merupakan jus buah-buahan yang mempunyai nilai nutrisi yang sangat tinggi. Ianya mengandung asid folik, kalium dan vitamin B kompleks, bagi menjaga kesihatan tubuh dan berkhasiat untuk perkembangan janin bahkan mampu memberikan lemak baik untuk si ibu.

2. Jus Kurma

Jus kurma merupakan jus buah-buahan yang mudah didapati masa kini dan menjadi pilihan ramai. Di samping menjadi makanan sunnah, jus kurma mampu memberikan gizi berkhasiat bagi ibu mengandung.

Antaranya kalium, serat, fosforus, besi, belerang, magnesium dan kalsium.

Kurma ialah buah paling baik untuk ibu hamil pada trimester pertama dan juga trimester akhir. Vitamin B dalam kurma membantu menguatkan dinding rahim serta membantu tubuh mengeluarkan hemoglobin yang mengelakkan masalah anemia pada ibu hamil dan memberi tenaga cukup.

3. Jus Epal

Jus epal bukan sahaja mampu mengurangkan berat badan seseorang, bahkan ianya juga mampu memberikan nutrisi yang sihat buat ibu yang hamil.

Ianya mengandungi banyak vitamin yang sangat sesuai untuk ibu hamil. Antaranya vitamin A, B1, B2, B3, B5, B6, B9 dan C serta nutrisi yang lain.

4. Jus Anggur

Jus Anggur antara jus buah-buahan yang dengan kaya vitamin A serta bermanfaat bagi menstabilkan tahap metabolisme.

Anggur juga mengandungi asid folik, kalium, fosforus, magnesium dan natrium yang baik sepanjang kehamilan dan mampu memberi wajah si ibu lebih berseri.

5. Jus Pisang

Mungkin tidak ramai yang menggemari jus pisang tetapi pada hakikatnya, jus pisang mampu mengurangkan sembelit buat si ibu ketika sedang hamil.

Bahkan, pisang juga mempunyai potassium yang tinggi untuk memberikan tenaga kepada si ibu serta bayi dalam kandungan.

6. Jus buah naga

Jus buah naga menjadi pilihan si ibu masa kini kerana ianya sedap apabila dibuat smoothie. Selain mempunyai vitamin yang banyak, ianya mempunyai rasa yang cukup unik.

Jus buah naga boleh diamalkan buat ibu yang hamil seawall pada trimester pertama hinggan ke trimester akhir.

7. Jus mangga

Jus mangga merupakan jus buah-buahan yang baik untuk ibu hamil kerana ianya mempunyai kandungan vitamin A, vitamin B6, vitamin C.

Ianya memberikan tenaga tambahan serta vitamin yang ada pada mangga memberikan manfaat membentuk sistem pertahanan tubuh yang lebih kuat.

 

Jadi, tiada alasan buat ibu yang hamil untuk tidak mendapatkan zat nutrisi yang cukup kerana ianya boleh didapati di semua jenis buah-buahan yang ada dalam dunia ini. Jika anda antara para ibu hamil yang memerlukan nutrisi yang cukup buat kandungan anda, anda boleh melayari website kami untuk mendapatkan maklumat lanjut.

 

Join the conversation

SHOPPING BAG 0