RM0 0
Cart

No products in the cart.

Bagaimana Susu Ibu Terhasil?

Bagaimana Susu Ibu Terhasil?

Bagi bakal ibu, pasti tertanya-tanya bagaimanakah susu ibu terhasil dan bagaimana kilang susu ibu berfungsi. Perkongsian kali ini bakal membawa anda memahami bagaimana susu ibu terhasil, apa yang terjadi di dalam badan ibu hamil dan sedikit informasi tentang bagaimana susu ibu dapat diberikan kepada bayi selepas kelahiran. Ia adalah penting untuk memahami bagaimana hormon dalam badan ibu hamil terlibat dalam penghasilan susu ibu dan cara-cara efektif untuk menghasilkan bekalan susu ibu yang berpanjangan.

Ada sesetengah ibu yang mengatakan bahawa penghasilan susu ibu bergantung sepenuhnya pada tuntutan dari bayi dan seterusnya bekalan susu dari ibu, atau supply-and-demand. Tetapi sebenarnya penghasilan susu ibu adalah lebih dari itu. Ia semua bermula dari seawal bulan ketiga semasa ibu hamil. Semasa ibu hamil, pelbagai perubahan pada tubuh badan ibu yang dapat dilihat dan dirasai oleh ibu sendiri. Antara perubahan yang dapat dilihat dan dirasai ialah saiz payudara. Payudara ibu hamil akan membengkak, menjadi lembut dan puting akan terasa seperti dicucuk atau menjadi tidak selesa.

Kulit dibahagian sekitar puting ibu hamil, dipanggil areola, akan menjadi gelap dan bintik-bintik kecil akan mula muncul. Semakin lama ibu hamil mengandung, semakin jelas bintik-bintik ini akan kelihatan. Usah risau, ini adalah salah satu persiapan tubuh ibu hamil untuk menyambut bayi yang bakal lahir nanti. Bintik-bintik kecil ini dipanggil tuberkel montgomery dan ia ditugaskan untuk menghasilkan minyak semulajadi. Minyak semulajadi ini membantu membersihkan, melembabkan dan melindungi puting semasa hamil dan menyusukan bayi dari kering, pecah dan jangkitan kuman. Penggunaan sabun, losyen atau alcohol pada puting mungkin menghilangkan minyak semulajadi ini. Jadi, para ibu dinasihatkan untuk membersihkan payudara dengan air sahaja. Beberapa kajian juga mendapati kandungan minyak semulajadi ini dapat membantu menarik bayi ke arah puting untuk penyusuan.

Sumber: Google

Melihat dengan lebih dalam lagi, banyak yang sedang berlaku dalam badan ibu hamil. Jika anda mengambil sedikit masa untuk melihat rajah diatas, anda akan dapat melihat bahagian yang penting didalam payudara ibu hamil. Alveoli mengandungi sel yang menghasilkan susu, dipanggil lactolyte, dan dikelilingi oleh otot lembut yang akan bergerak untuk memerah susu kedalam duct atau duktul. Duktul ini akan membawa susu ibu ke kantung atau sac yang berada dibelakang areola dan seterusnya keluar pada puting.

Semasa kehamilan, hormon kehamilan dalam badan ibu hamil mengalami turun dan naik dan menyebabkan bilangan duktul bertambah dan saiznya membesar. Ia juga mengarahkan payudara untuk menghasilkan lebih banyak alveoli yang akan menghasilkan susu. Empat hormon utama yang terlibat dalam penghasilan susu ibu adalah estrogen, progesteron, prolaktin dan oxytocin. Estrogen dan progesteron adalah tinggi semasa kehamilan disebabkan oleh plasenta dan terlibat dalam kenaikan bilangan duktul susu dan pembesaran saiz alveoli dan lobe didalam payudara.

Kehadiran kedua hormon ini dalam kuantiti yang banyak menghasilkan banyak susu didalam payudara, tetapi dalam masa yang sama menghindari dari susu ibu itu keluar sebelum tiba masanya, iaitu sebelum bayi dilahirkan. Susu ibu pertama yang dihasilkan dipanggil kolostrum, dan boleh dihasilkan seawal semester kedua kehamilan. Kolostrum hadir begitu cepat supaya ibu yang melahirkan bayi pramatang dapat meyusukan bayinya dengan susu awal ini. Kolostrum adalah susu ibu pertama yang akan disusukan kepada bayi bila dia lahir nanti. Kolostrum ialah cecair pekat kekuningan yang kaya dengan protein dan rendah lemak. Ia mudah dihadam oleh bayi yang baru lahir, mempunyai anitbodi yang dapat menguatkan system imunisasi bayi dan memenuhi keperluan bayi baru lahir untuk tiga hari pertamanya.

Apabila bayi lahir dan plasenta keluar dari rahim ibu, kandungan estrogen dan progesteron dalam badan ibu akan turun mendadak. Bila ini berlaku, hormon prolaktin akan meningkat. Badan ibu akan membaca peningkatan prolaktin sebagai signal untuk menghasilkan lebih banyak susu ibu. Ibu-ibu yang menyusukan anak seharusnya mengelak dari mengambil kaedah mengawal kehamilan yang mempunyai estrogen yang tinggi kerana ia akan menganggu dan mengurangkan penghasilan susu ibu.

Hormon prolaktin merangsang payudara untuk menghasilkan susu ibu. Kandungan hormon estrogen dan progesteron mengurangkan tahap prolaktin dalam badan. Selepas bayi lahir, prolaktin meningkat disebabkan oleh pengurangan progesteron. Prolaktin akan memberi signal pada alveoli untuk mengamil nutrisi seperti protein, lemak dan gula dari salur darah ibu untuk ditukarkan kepada susu ibu.

Dalam seminggu selepas kelahiran, hormon prolaktin tidak lagi bergantung kepada ketiadaan progesteron. Sebaliknya, ia akan meningkat dengan kehadiran rangsangan dari perbuatan menghisap, samada dari bayi atau dari pam susu. Setiap kali ibu menyusu atau mengepam, badan ibu akan menghasilkan prolaktin. Peningkatan hormon prolaktin ini akan membuatkan alveoli menghasilkan lebih banyak susu dan penyimpanan susu akan meningkat. Inilah yang difahami sebagai konsep penghasilan dan tuntutan, atau supply and demand.

Lebih banyak stimulasi dari hisapan berlaku, lebih banyak susu akan dihasilkan. Kerana ini ibu yang baru melahirkan bayi dinasihatkan agar menyusu atau mengepam susu dengan kerap untuk sentiasa merangsang kehadiran prolaktin, dan seterusnya menghasilkan lebih banyak susu.

Oxytocin pula bertanggungjawab untuk mengeluarkan susu dari puting. Ia menggerakkan otot lembut disekitar alveoli untuk memerah susu ibu ke dalam duktul, seterusnya ke sak dan keluar pada puting. Oxytocin juga dirangsang oleh perbuatan menghisap dari bayi atau urutan dari pam. Apabila bayi menghisap, tekanan pada puting dan areola akan membawa susu ibu terus kedalam mulut bayi.

Ini adalah hormon yang diperlukan untuk mendapatkan refleks pengeluaran susu (milk ejection reflex) atau relfeks let-down. Ketika refleks ini berlaku, ibu mungkin merasainya dalam pelbagai bentuk seperti terasa mencucuk-cucuk di payudara, kekejangan otot uterin atau susu keluar dari payudara lain. Refleks ini juga berlaku bila ibu menyusu melihat bayi mereka menghisap dan menelan dengan aktif. Oxytocin terkenal sebagai hormon keibuan dan ibu menyusu dikatakan mempunyai tahap stress yang rendah.

Sepanjang perjalanan penyusuan bayi, otak ibu mungkin akan memproses tahap pengeluaran oxytocin dengan berbeza. Selain hisapan, refleks let-down juga boleh berlaku bila ibu memikirkan tentang bayinya, bila mendegar bayi menangis, bila sudah masanya untuk menyusu dan bila ibu dirangsang secara seksual. Ia juga bukanlah sesuatu yang pelik bila ibu mengalami refleks let-down pada payudara yang tidak menyusu semasa penyusuan sedang berjalan. Hormon yang menggerakkan otot ini juga hadir ketika proses kelahiran berlaku dan ianya dapat membantu uterus untuk kembali ke saiz sebelum kehamilan.

cara banyakkan susu

Walaubagaimanapun, jika berlakunya penurunan dalam hormon oxytocin dalam badan ibu, ia akan menghindari dari berlakunya refleks let-down. Ini bermakna tidak kira betapa banyak seklaipun susu ibu yang dihasilkan, hanya jumlah yang kecil sahaja dapat dihisap oleh bayi. Ini akan memberi signal pada payudara untuk mengurangkan penghasilan susu ibu disebabkan masih banyak susu ibu yang tersimpan. Jadi, ia adalah penting untuk sentiasa merangsang penghasilan oxytocin supaya proses penyusuan berjalan dengan lancar.

Prolaktin dan oxytocin sangat bergantung pada rangsangan dari hisapan. Kedua-duanya bekerjasama untuk menghasilkan susu ibu dan membuatkan susu ibu mengalir keluar dari puting. Lebih kerap ibu menyusu menerima rangsangan, samada dari bayi atau pam, semkain banyak susu ibu akan terhasil. Ini juga akan membantu menghasilkan refleks let-down. Kekerapan rangsangan memainkan peranan penting dalam memastikan kedua hormon ini dapat dihasilkan dengan konsisten.

Satu lagi faktor dalam penghasilan susu ibu adalah protein kecil yang dikenali sebagai perencat maklumbalas laktasi (Feedback Inhibitor of Lactation, FIL) yang wujud di dalam susu sendiri. Fungsi FIL ini adalah untuk mengurangkan penghasilan susu apabila terdapat banyak susu di dalam payudara ibu. Ia juga akan meningkatkan penghasilan susu apabila kandungan susu menurun dalam payudara. Dalam kata lain, jika terdapat banyak susu di dalam payudara, FIL akan memberi maklumbalas pada alveoli untuk mengurangkan penghasilan susu. Sebaliknya, jika kurang susu di dalam payudara, FIL akan memberi penunjuk kepada alveoli untuk menghasilkan lebih banyak susu. Di sinilah yang difahami sebagai penghasilan dan tuntutan atau supply and demand. Lebih banyak susu keluar, lebih banyak susu akan dihasilkan.

Memahami bagaimana susu ibu dihasilkan adalah penting dalam mengenalpasti kaedah yang berkesan dalam meningkatkan atau mengurangkan susu ibu. Walaupun proses penghasilan susu ibu ini bermula dari turun naik tahap hormon dalam badan, selepas bayi dilahirkan proses ini lebih fokus kepada faktor luaran seperti rangsangan hisapan dari bayi atau pam.

Ini adalah asas penting dalam memastikan susu ibu terhasil dengan berpanjangan untuk keperluan bayi. Susu ibu perlu dikeluarkan dari dada ibu samaada terus kepada bayi atau dengan menggunakan pam. Kekerapan memainkan peranan penting dalam penyusuan bayi. Walaupun bayi kelihatan seperti tidak berminat untuk menyusu, ibu perlu sentiasa mengeluarkan susu melalui pam jika ibu mahu menyusukan bayi dengan berpanjangan.

Bayi mungkin akan menyusu pada waktu yang berlainan. Penyusuan berjadual dapat membantu ibu mengeluarkan susu, terutamanya pada ibu yang bekerja. Oleh itu, ia dinasihatkan supaya ibu bekerja untuk mengepam susu sekerap mungkin dan apabila payudaranya terasa sudah penuh dan berat. Susu ibu boleh disimpan selama 4 ke 6 jam pada suhu bilik. Jika ibu mahu menyimpan susunya, ia boleh disimpan didalam peti sejuk selama 5 hari atau didalam peti sejuk beku untuk dua minggu. Ingat, semakin kerap susu dikeluarkan, semakin banyak akan dihasilkan.

Akhir sekali, ianya adalah sangat penting bagi ibu untuk memahami bagaimana susu ibu dihasilkan. Apabila kefahaman meningkat, ibu boleh membuat keputusan samada untuk menyusukan bayinya atau tidak.  Pertubuhan Kesihatan Sedunia, WHO menyarankan 6 bulan untuk menyusu badan tanpa makanan tambahan untuk bayi baru lahir. Ini kerana susu ibu mempunyai manafaat yang tidak dapat digantikan dengan bahan lain. Ibu yang mahu menyusukan bayi secara esklusif memerlukan tenaga yang banyak dan sistem sokongan yang kuat untuk ibu dan bayi. Keluarga dan majikan diharap dapat memahami dan seterusnya terus menyokong ibu yang meyusukan bayinya. Diharapkan susu ibu dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk kesihatan bayi.

  1. ada x produk trial untuk saya try momma coklat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2023 MOMMA Industries Sdn. Bhd. (1136928-P). All rights reserved.