FREE SHIPPING OVER RM173 (Peninsular Malaysia)

LAST CALL: LOWEST PRICE GUARANTEE 50% OFF. EXPLORE

Laktasi

Bengkak Susu Menyakitkan

bengkak susu

MOMMA Pregolact

Bengkak susu adalah masalah duktus susu tersumbat yang membuatkan susu badan tidak dapat dikeluarkan dengan sempurna. Ia juga berlaku akibat penghasilan susu yang banyak, melebihi tahap permintaan bayi kecil anda ketika itu. Bengkak susu sangatlah menyakitkan. Bayangkan payudara akan membengkak dan mengeras akibat susu terlalu banyak dan tidak tahu hendak disalurkan ke mana.

Kadangkala, bengkak itu boleh berlarutan sehingga ke bawah ketiak dan mengakibatkan demam kepada ibu yang sedang berpantang. Jika ini berlaku kepada anda, janganlah panik. Teruskan menyusu selagi mampu. Dapatkan coli menyusu yang bersesuaian dan dapat memberi sokongan kepada payudara, terutamanya pada waktu malam. Itu adalah masa penghasilan susu badan yang produktif.

Usah pakai coli yang terlalu ketat bagi mengelakkan masalah bengkak susu ini berlaku dengan kerap. Belajar juga cara menyusukan bayi dengan betul di bengkel penyusuan ibu sebelum melahirkan. Ia membantu anda memposisikan bayi dengan baik dan menolongnya melakukan sedutan sempurna sekaligus membantu mengurangkan masalah bengkak susu dari berlaku.

cara banyakkan susu

Ada beberapa petua untuk meredakan bengkak susu dengan cepat. Antaranya :

  1. Tuam dengan air panas

Sakit bengkak susu boleh dikurangkan dengan meletakkan kain yang direndam dengan air panas perlahan-lahan di kawasan payudara yang bengkak itu. Lakukan secara berkala. Walaupun ketika payudara masih belum bengkak lagi. Sebaiknya, setiap kali selepas mandi pada waktu pagi dan petang.

  1. Kerapkan pam

Untuk ibu yang pertama kali melahirkan, mungkin anda tidak tahu, bengkak susu adalah peluang terbaik untuk anda mula menyimpan stok susu sebelum kembali bekerja. Dapatkan pam yang berkualiti dan terbaik untuk keselesaan anda. Pastikan teknik mengepam dilalkukan dengan betul. Lakukan secara sistematik dan tandakan tarikh agar susu yang dipam awal akan digunapakai terlebih dahulu.

  1. Urutan perlahan

Lakukan urutan perlahan di sekeliling payudara anda setiap kali  sedang menyusukan bayi. Ada yang menggunakan sikat untuk memecahkan ketulan-ketulan yang terkumpul. Lakukan dari atas menuju ke arah puting payudara. Sapukan juga minyak urut yang sesuai ketika mengurut. Urutan yang baik akan dapat melancarkan pengaliran susu badan dan melegakan masalah bengkak susu.

  1. Teruskan menyusu

Walaupun sakit, gagahilah diri untuk terus menyusukan bayi anda. Apabila banyak susu badan yang keluar, lebih banyak ia membantu anda mengurangkan rasa sakit yang di tanggung itu. Jika ada anak yang lebih besar dan jarak umur yang tidak jauh berbeza, boleh juga menyusukan mereka serentak.

Amatlah penting ketika ini untuk ibu menjaga diet yang sempurna dan memastikan pengambilan air yang banyak untuk mengelakkan dehidrasi. Produksi susu yang berkualiti datang daripada pengambilan makanan dan minuman yang sihat dan mencukupi.

Elakkan menggunakan kobis untuk meredakan masalah bengkak susu anda kerana kobis boleh menyebabkan susu badan kering.

Andai masalah bengkak susu ini berlanjutan untuk tempoh yang panjang, jangan tunggu lama untuk mendapatkan nasihat doktor yang lebih pakar. Ada juga kes di mana ada ibu yang berpantang perlu diwadkan untuk memantau masalah bengkak susu yang di hadapi. Oleh itu, jangan ambil ringan akan masalah ini. Cuba lakukan petua-petua diatas, agar masalah ini dapat dicegah sebelum perlu diubati. Selamat menyusu semua!

Join the conversation

SHOPPING BAG 0