Haid Tidak Teratur Selepas Bersalin

MOMMA Pregolact

Haid tidak teratur adalah perkara biasa yang akan dialami oleh sesetengah ibu-ibu selepas melahirkan. Terdapat juga kes di mana haid tidak teratur ini berlaku untuk tempoh yang lama seperti yang diceritakan oleh Puan Rina ini.

“Saya tidak datang haid sejak melahirkan anak pertama. Kini, sudah hampir 11 tahun saya bersih dari darah haid gara-gara menyusu bayi secara penuh. Disambung pula dengan kelahiran 3 lagi bayi selang setiap 2 ke 3 tahun. Saya hanya mengalami darah nifas selepas melahirkan sahaja. Adakah ini normal atau ia suatu masalah yang serius?” – Puan Rina.

Secara umumnya, haid ialah darah kotor yang keluar dari badan seorang wanita yang sihat. Kitaran haid yang normal dan teratur membantu wanita untuk mengetahui waktu suburnya dengan tepat dan ini memudahkan perancangan keluarga dibuat dengan efisien.

Gangguan kitaran haid tidak teratur selepas bersalin tidak berbahaya sekiranya berlaku dalam tempoh yang tidak berpanjangan. Sebagai contoh, seorang wanita mungkin menghadapi kesukaran untuk mengandung sekali lagi selepas beberapa bulan melahirkan. Situasi ini biasanya akan kembali normal selepas bayi berhenti menyusu badan pada usia 2 tahun atau apabila bayi sudah mula mengambil makanan pejal antara 6 sehingga 12 bulan.

Bagi wanita yang tidak menyusukan bayi secara eksklusif, kitaran haid dijangka akan datang di antara 3 hingga 10 minggu selepas bersalin. Jika melakukan penyusuan secara eksklusif, si ibu mungkin mengalami tempoh masa ketiadaan haid yang panjang. Namun, ada juga kes di mana ibu yang menyusukan bayi selama 6 bulan datang haid beberapa bulan selepas melahirkan seperti wanita normal yang lain.

Haid yang tidak teratur selepas bersalin juga berlaku disebabkan hormon prolaktin yang berlebihan dan pengambilan pil perancang. Sepanjang tempoh penyusuan, badan akan mengeluarkan hormon prolaktin yang tinggi. Hormon ini penting untuk merangsang pengeluaran susu badan tetapi menyekat penghasilan hormon astrogen di dalam badan yang berperanan membentuk kitaran haid.

Perkongsian: Penyusuan yang berterusan secara ekslusif dikatakan mampu mengelakkan kehamilan dalam masa 4 hingga 6 bulan selepas kelahiran.

Antara beberapa faktor luaran yang menyumbang kepada kitaran haid tidak teratur:

  1. Perubahan jadual harian

Ibu yang baru melahirkan akan mengalami perubahan jadual hidup yang drastik. Waktu tidur akan berubah dan banyak masa diperuntukkan untuk menguruskan keperluan bayi. Jadual penyusuan bayi dan mengepam susu juga membuatkan ibu semakin sibuk.

  1. Stress dan kurang rehat

Perubahan yang berlaku memberikan tekanan emosi dan mental kepada ibu yang baru melahirkan. Kesan daripada tidur yang kurang teratur, badan yang terlalu letih dan rehat yang tidak mencukupi, sedikit sebanyak memberi perubahan kepada tubuh dan hormon si ibu. Emosi yang kurang stabil ini boleh mengakibatkan stress atau tekanan jiwa, jika tidak diuruskan dengan baik.

  1. Pemakanan tidak seimbang

Ibu yang menyusu dan baru melahirkan memerlukan makanan yang sihat dan berkhasiat supaya badan mendapat nutrisi yang lengkap. Antara makanan yang digalakkan untuk mengatasi masalah haid tidak teratur ialah sayuran hijau, brokoli, betik, air asam jawa, susu soya dan ikan salmon. Kurangkan juga pengambilan makanan yang tidak sihat dan berlemak.

Kitaran haid tidak teratur selepas bersalin, secara amnya, merupakan keadaan yang kerap dialami oleh ibu yang menyusu secara eksklusif. Namun, jika masalah ini berpanjangan, melebihi 2 tahun dan mengakibatkan ketidaksuburan untuk mengandung lagi, cepat-cepat berjumpa dengan doktor pakar untuk pemeriksaan terperinci.

Momma Industries

Author Momma Industries

More posts by Momma Industries

Join the discussion 2 Comments

  • nadia berkata:

    assalamualaikum . saya nak bertanya . normal selepas bersalin period tidak teratur . maksudnya selepas bersalin saya sudah datang haid dan bulan berikut nya saya tidak datang haid?

    • Momma Industries berkata:

      Waalaikumussalam Puan. Adalah normal period tidak teratur selepas bersalin, terutama bagi ibu menyusu kerana perubahan hormon.

      Namun, sekiranya puan mengalami period lebih dari 15 hari, sila dapatkan rawatan lanjut dari doktor.

Leave a Reply