RM0 0
Cart

No products in the cart.

Keburukan Supplement Feeding kepada Bayi Bawah 6 Bulan

MOMMA Pregolact

Keburukan Supplement Feeding kepada Bayi Bawah 6 Bulan

Pastinya ada ibu yang baru sahaja selesai berpantang dan masih lagi tidak yakin untuk meneruskan penyusuan susu ibu, dan berniat untuk menghentikan penyusuan susu ibu sebaik sahaja mula bekerja.

Tunggu dulu wahai ibu, pastikan anda baca artikel ini untuk kebaikan si manja.

Untuk Slot Kaunselor Laktasi kali ini, kami akan mengupas dengan lebih lanjut keburukan supplement feeding buat bayi anda yang belum mencecah umur 6 bulan.

Apakah yang dimaksudkan dengan supplement feeding? Supplement feeding adalah makanan dan minuman lain selain susu ibu. Untuk 6 bulan pertama, hanya susu ibu yang terbaik untuk bayi.

Bagi bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya, mereka tidak perlu diberi ‘supplement’ – makanan atau minuman lain selain susu ibu :-

  1. Mengurangkan kesan perlindungan daripada penyusuan susu ibu.  Air atau cecair lain akan menghakis salutan pelindungan penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu terhadap sistem pencernaan. Bayi anda bakal terdedah kepada jangkitan dan alahan.
  2. Meningkat risiko kegemukan (obesiti) kerana lazimnya susu selain susu ibu mengandungi gula. Bagi bayi yang meminum susu ibu, badan mereka anjal, tegap dan lebih berat walaupun bagi sesetengah bayi mereka kelihatan kecil dan ringan.
  3. ‘Supplement feeding’ boleh menyebabkan bayi anda kenyang dan mengurangkan keinginan mereka terhadap penyusuan susu ibu. Secara langsung menyebabkan susu semakin berkurang.
  4. Berisiko terhadap jangkitan.
  5. Enzim-enzim penghadaman belum bersedia sepenuhnya. Ini adalah antara punca utama kenapa bayi mudah cirit birit apabila mula diperkenalkan dengan supplement feeding selain susu ibu.

cara banyakkan susu

Kami berharap selepas membaca perkongsian ini, ibu-ibu akan lebih nekad meneruskan penyusuan susu ibu secara esklusif sehingga 6 bulan.

Tiada hadiah yang lebih mewah, lebih berkhasiat untuk bayi anda selain susu ibu.

  1. Saya ibu fully breastfeed

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2023 MOMMA Industries Sdn. Bhd. (1136928-P). All rights reserved.