Khasiat Barli Untuk Ibu Menyusu Yang Patut Diamalkan!

Susu ibu merupakan susu yang terbaik untuk diberikan kepada bayi kerana ianya mengandungi semua bahan berkhasiat seperti protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air. Nutrein yang terkandung di dalam susu ibu membantu proses penghadaman bayi.  Perkara yang paling merunsingkan para ibu ialah kekurangan susu. Tahukah ibu-ibu bahawa terdapat banyak khasiat barli untuk ibu menyusu yang patut para ibu amalkan.

 

 

Bijirin barli cukup kaya dengan 1001 khasiat pemakanan seperti fiber, Vitamin B3 (niacin), Vitamin B1 (thiamin), selenium, iron, magnesium, zinc, phosphorus dan copper, serta sedikit lemak. Yang bestnya barli tidak mengandungi kolesterol seperti bijirin yang lain tau.

 

Mesti anda tertanya-tanya apakah kaitannya bijirin barli ni dengan ibu menyusukan?

Haa disebabkan khasiat barli ni cukup banyak, dan mengandungi kandungan nutrisi pemakanan yang sangat diperlukan oleh ibu menyusu, para ibu digalakkan mengamalkan pengambilan barli ini. Cara paling mudah hanya dengan buat air barli. Bukan sahaja sedap diminum, malah sangat berkhasiat untuk ibu yang menyusui bayi. Susu ibu pon jadi lebih meriah!

 

Berikut merupakan khasiat barli serta nutrisi yang terkandung di dalam bijirin ini yang sangat baik untuk ibu menyusu amalkan:-

1. Fiber

Barli mengandungi fiber iaitu serat yang sangat diperlukan untuk kesihatan usus dan sistem pencernaan. Rata-rata ibu yang menyusu badan ni mudah menghadapi masalah sembelit, jadi bila mengamalkan barli ni, ia dapat membantu melancarkan proses pembuangan air besar, sekaligus masalah sembelit dapat diatasi.

 

2. Vitamin B3 (Niacin)

Khasiat barli yang lain adalah Vitamin B3 yang mana membantu lemak dan gula dalam tubuh untuk bekerja dengan baik. Vitamin B3 ni selalunya terdapat dalam daging, ikan, susu, telur, kacang, sereal, dan sayuran hijau.

 

Sebagai ibu yang menyusu bayi, pengambilan Vitamin B3 yang mencukupi perlu dititik beratkan. Hal ini kerana jika kekurangan Vitamin B3 ni, tubuh ibu akan mengalami gangguan pencernaan, kelelahan, muntah dan depresi. Ingat ya sebagai ibu menyusu, kita perlu fit dan sihat! Barulah bayi turut mendapat kualiti susu yang terbaik.

 

3. Vitamin B1 (Thiamin)

Vitamin B1 atau thiamin ini adalah sejenis vitamin B yang berfungsi untuk mengubah karbohidrat menjadi energy. Disebabkan Vitamin B1 ni larut air, vitamin ini akan dibawa oleh saliran darah untuk disalurkan ke seluruh tubuh badan. Antara makanan yang mengandungi Vitamin B1 seperti ikan, telur, kubis, bayam dan kekacang.

 

Vitamin B1 bertindak untuk menjaga fungsi sistem saraf, jantung dan otot agar bekerja dengan baik. Barli juga kaya dengan Vitamin B1 ni tau.

 

Tempoh penyusuan bukan suatu yang mudah bagi ibu menyusu. Dengan pengambilan Vitamin B1 yang secukupnya, ia mampu mengawal kadar stress dan juga mampu menstabilkan emosi si ibu. Selain dapat menikmati keenakan air barli, si ibu turut mendapat khasiat yang baik daripada barli ini.

 

4. Selenium

Selenium ni merupakan salah satu jenis mineral yang bersifat gizi mikro. Zat gizi mikro merupakan sejenis zat gizi yang hanya sedikit diperlukan oleh tubuh kita sehari, namun memainkan peranan yang besar untuk kesihatan kita. Antara makanan yang mengandungi selenium seperti telur, kerang, daging merah, ikan laut, kekacang, tempe dan yogurt. Khasiat barli juga kaya dengan selenium ni.

 

Salah satu faktor berlakunya kekurangan air susu adalah disebabkan stress. Jadi, bagi ibu menyusu anda digalakkan mengamalkan barli kerana didalam barli terdapat nutrisi selenium yang diketahui mampu untuk mengawal mood. Selain itu, selenium juga mampu untuk menjaga dan menurunkan tingkat depresi pada diri anda.

 

5. Iron, Magnesium dan Zinc

Ibu menyusu perlu mengambil jumlah kalori antara 2700cal setiap hari dengan pengambilan kalsium dan zinc yang optimum. Walaupun ia tak mempengaruhi kadar nutrien dalam susu badan, namun keperluan tubuh ibu yang menyusu juga perlu diambil kira untuk lebih sihat, gigi dan tulang yang kuat dan bertenaga.

 

Iron, magnesium, zinc, kalsium dan phosphorus adalah sangat penting kepada keperluan tubuh badan seorang ibu. Ibu yang menyusu badan perlu memastikan tubuh badan mereka mendapat cukup nutrien agar mereka kekal bertenaga dan dapat menyusukan bayi dengan sebaik mungkin.

 

Disebabkan itu ibu menyusu digalakkan meminum air barli ni. Cara yang paling mudah untuk peroleh khasiat barli.

Ingat ya ibu-ibu jangan selalu stress-stress ni tau. Sebab bila kita stress, ia akan menjejaskan kesihatan tubuh badan ibu. Sekaligus menjejaskan produksi susu badan yang berkualiti. Cubalah amalkan pengambilan air barli ni okay! Cukup banyak khasiat barli ni untuk ibu menyusu.

 

Selamat mencuba!