FREE SHIPPING OVER RM173 (Peninsular Malaysia)

LAST CALL: LOWEST PRICE GUARANTEE 50% OFF. EXPLORE

Petua & Nasihat
Posted in

Milk Booster Tiruan. Jangan Terpedaya. Ini Petua Untuk Mengelakkannya

milk booster
Posted in

Bagi ibu-ibu, ia adalah ‘booster’ kepada penghasilan susu ibu. Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan milk booster?

Milk booster atau dalam erti kata lain adalah penggalak susu ibu. Ia adalah booster yang mudah untuk didapati dalam pasaran Malaysia. Ianya sesuai diambil oleh ibu yang mengalami masalah kekurangan susu badan untuk bayi mereka. Selain itu, susu ini memudahkan ibu menghasilkan susu mereka sehingga bayi berusia 2 tahun.

Namun, ada perkara yang membimbangkan ibu bapa zaman kini. Terdapat produk booster tiruan yang banyak di dalam pasaran.

Terdapat peniaga yang menjual ‘milk booster’ tiruan. Disebabkan itu, MOMMA milk booster telah mencari penyelesaian bagi masalah ini untuk pelanggan yang setiap dengan produk MOMMA milk booster.

 

Di bawah merupakan petua yang perlu anda ikuti untuk mengelak daripada terbeli booster tiruan ini:

 

Beli milk booster di laman web rasmi

 

Antara penyelesaian yang boleh diikuti adalah ibu mahupun suami boleh membeli produk milk booster di laman web rasmi syarikat yang menjualnya. Hal ini kerana produk tersebut akan disalurkan secara langsung daripada syarikat yang menghasilkan produk tersebut.

 

Beli di farmasi

 

Selain itu, para pengguna boleh mendapatkan booster asli dengan membeli di rangkaian farmasi yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Ini kerana farmasi akan memastikan segala produk yang akan diletakkan di premis mereka merupakan yang asli. Ia juga untuk menjaga kualiti serta kredibiliti syarikat terhadap pengguna di Malaysia.

Pengesahan daripada pihak KKM

 

Pengesahan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia merupakan antara salah satu tanda bahawa produk tersebut selamat untuk digunakan.

Pihak KKM akan memastikan bahawa produk yang selamat digunakan perlu melalui beberapa tapisan keselamatan sebelum dipasarkan ke pasaran Malaysia.

 

Lihat pada packaging produk

 

Mungkin agak susah untuk membezakan keaslian produk melalui packaging.

Pengguna sebenarnya boleh membezakan sama ada produk tersebut asli ataupun tiruan. Lihat bentuk serta rekaan packaging tersebut. Produk tiruan tidak dapat meniru secara menyeluruh daripada packaging yang asli.

 

Dapatkan daripada ejen yang sah

 

Kebanyakan syarikat yang mengeluarkan makanan tambahan atau minuman tambahan akan menggunakan platform online seperti laman web dan media sosial. Mereka juga melantik ejen-ejen yang sah untuk memasarkan produk.

Daripada ejen-ejen yang sah, pengguna boleh mendapatkan produk milk booster yang asli dan terbaik sahaja.

 

Dapatkan di kedai bayi

 

Pengguna boleh mendapatkan produk penggalak susu asli di kedai-kedai bayi. Kebiasaanya penjual akan meletakkan produk-produk ini di kedai. 

 

Pastikan anda hanya membeli produk yang asli. Fikirkan tentang kesihatan bayi anda. Laburkan sedikit duit untuk mendapatkan produk booster yang asli.
Apa yang pasti, produk milk booster akan membantu bukan sahaja kepada si ibu, tetapi kepada si kecil yang perlukan nutrisi yang sihat untuk tumbesaran mereka.

Join the conversation

SHOPPING BAG 0