FREE SHIPPING OVER RM173 (Peninsular Malaysia)

LAST CALL: LOWEST PRICE GUARANTEE 50% OFF. EXPLORE

Laktasi

Petua Banyakkan Semula Susu Badan

MOMMA Pregolact

Kebanyakan ibu mengalami masalah susu berkurangan atau ‘drop’ setelah kembali bekerja. Ini kerana faktor stress, tidak cukup masa mengepam susu, keletihan dan terlalu sibuk sehingga tidak sempat makan. Ibu-ibu yang bekerja sebagai jururawat, doktor, guru dan eksekutif sering berhadapan dengan masalah kekangan masa. Susu mula berkurangan bila kembali bekerja. Pasti risau bukan? Ketahui tips bagi meningkatkan kembali produksi susu ibu.

1. Minum Air Yang Cukup

Air masak 2.5-3 liter sehari . Sekiranya berasa bosan, sekali-sekala minum air buah, dan susu. Pelbagaikan pengambilan air. Namun elakkan minuman yang terlalu manis.

2. Kerap Susukan Bayi / Pam ikut jadual

Yang ni memang wajib dibuat. Kerap susukan baby untuk ‘create demand’. Sekiranya bekerja, jangan lupa pam ikuti jadual mengepam untuk buat stok dan jaga ‘demand’. Kalau selalu sangat skip sesi pam lama-lama susu memang boleh drop tau!

3. Susukan baby waktu malam

Susukan bayi kerap waktu malam, sekurang-kurangnya 2 kali. Kejut bayi bangun untuk menyusu. Cara ini lebih selesa, menyusu sambil rehat, dan tertidur bersama bayi.

4. Jangan stress

Kawal emosi. Kalau stress susu memang boleh semakin ‘drop’.  Sekiranya stress, tarik nafas dalam-dalam, cuba fikirkan perkara yang menyeronokkan. Lakukan aktiviti kegemaran anda seperti bersukan, memasak, menonton ‘movie’. Pastinya aktiviti ini dapat memberi kesan positif kepada kita.

5. Jaga pemakanan

Tolong jangan abaikan pemakanan. Makan benda berkhasiat yang elok utk kesihatan ibu dan bayi. Cara yang lebih mudah cepat untuk meningkatkan pengeluaran susu ibu adalah mengamalkan MOMMA® Pregolact® setiap malam sebelum tidur.

cara banyakkan susu

Join the conversation

SHOPPING BAG 0