FREE SHIPPING OVER RM173 (Peninsular Malaysia)

LAST CALL: LOWEST PRICE GUARANTEE 50% OFF. EXPLORE

Petua & Nasihat
Posted in

Resipi Susu Kurma Yang Mudah dan Lazat

resipi susu kurma
Posted in

Apakah resipi susu kurma yang menyelerakan?

Seperti yang kita tahu, terlalu banyak khasiat yang terdapat di dalam buah kurma.

Banyak inovasi terhadap buah kurma untuk disajikan kepada orang ramai seperti jus kurma dan susu kurma. Harini, ramai yang mengamalkan minuman susu ini untuk kesihatan. Namun tahukah anda resipi susu kurma tersebut?

Seperti yang kita tahu, kurma merupakan makanan sunnah yang sering diperkatakan tentang khasiatnya. Ianya tidak terhad kepada peringkat umur, jantina mahupun keadaan seseorang bahkan ianya selamat untuk wanita hamil, malah ia juga bermanfaat untuk kesihatan dan memberi sumber tenaga untuk badan.

Berikut merupakan resipi susu kurma yang mudah dan lazat untuk dinikmati seisi keluarga pada bila-bila masa.

Bahan-bahan yang diperlukan dalam resipi susu kurma (1 ke 2 gelas):

 

 

  • 7 hingga 10 biji buah kurma

 

Terdapat pelbagai jenis buah kurma yang anda boleh dapatkan di kedai-kedai arab ataupun di supermarket di Malaysia. Antara jenis – jenis buah kurma yang ada di dunia ini adalah Ajwa, Barhi, Noor dan banyak lagi.

Ianya bergantung kepada kualiti serta dari mana asal kurma tersebut di tanam.

 

  • 1 gelas air kosong

 

Untuk mendapatkan susu kurma 1 ke 2 gelas, 1 gelas air kosong sudah cukup untuk mencairkan serta meleraikan kurma itu nanti.

 

  • 2 gelas susu segar low fat ataupun full cream

 

Bahan yang terakhir dalam resipi susu kurma yang mudah ini adalah susu segar. Ikut citarasa masing – masing, anda boleh memilih untuk menggunakan susu low fat atau susu full cream.

Jika anda ingin mengamalkan diet yang sihat, anda boleh menggunakan susu jenis low fat, rasanya masih sama sedap.

 

Bahan – bahan untuk topping:

Kurma, kacang badam, kacang gajus, madu, oat, serbuk koko, pisang, maple syrup. Buah tin, kismis, serbuk kayu manis, aiskrim vanilla.

 

Kaedah penyediaan dalam resipi susu kurma mudah dan lazat

 

  • Belah dan rendam buah kurma

 

Rendam terlebih dahulu buah kurma. Seeloknya rendam dengan air semalaman. Jika ingin minum susu kurma esok pagi, kurma boleh direndam malam sebelumnya. Jika ingin minum susu kurma esok malam, kurma boleh direndam pagi harinya.

Setelah kurma sudah lembut, anda boleh membelah kurma tersebut kepada  empat bahagian. Biji kurma perlu dibuang terlebih dahulu.

 

  • Blend kurma

 

Setelah kurma sudah lembut, masukkan kurma serta air rendaman kurma di dalam blender anda.

Awas jika anda menggunakan blender untuk blend bawang dan cili kisar kerana ianya akan membuatkan susu kurma anda tidak sedap serta berbau bawang.

Seeloknya, anda perlu menyediakan blender khusus untuk jus buah-buahan atau jus sayuran. Barulah ianya sedap untuk diminum. Blend kurma hingga sebati dan kelihatan seperti air yang tidak berketul.

 

  • Masukkan susu

 

Kemudian, masukkan pilihan susu yang anda inginkan sama ada susu segar jenis low fat atau susu segar full cream. Blend sehingga susu kurma anda sebati dan kelihatan warna coklat cair dan kurma telah hancur sepenuhnya.

Apa yang pasti, ianya akan membuatkan anda terliur.

 

  • Masukkan bahan topping

 

Akhir sekali dalam resipi susu kurma yang mudah dan lazat ini adalah meletakkan bahan pilihan topping anda. Jika anda penggemar kekacang, anda boleh meletakkan di dalam susu kurma anda sambil menikmati kerangupan kacang tersebut.

Sekiranya anda suka manis, boleh letak madu sebagai topping.

Anda boleh letak oat di dalam susu kurma anda kerana ianya dapat membuatkan anda lebih lama kenyang. Topping milo atau koko boleh digunakan untuk anak anda supaya ianya dapat hilang rasa kurma tersebut.

Mudah sahaja untuk menyediakan susu kurma ini. Ianya merupakan resipi susu kurma khusus untuk semua orang.

Sekiranya anda mahu mendapatkan makanan tambahan untuk si ibu , layari laman web kami untuk maklumat lanjut.

 

Join the conversation

SHOPPING BAG 0