FREE SHIPPING OVER RM173 (Peninsular Malaysia)

LAST CALL: LOWEST PRICE GUARANTEE 50% OFF. EXPLORE

Kehamilan
Posted in

Tanda-Tanda Hamil Anak Lelaki

tanda hamil anak lelaki
Posted in

MOMMA Pregolact

Anak lelaki atau perempuan? Ia soalan yang mengujakan setiap kali mengandung. Seluruh ahli keluarga akan cuba berteka-teka sesama mereka. Ibu apatah lagi, insan pertama yang jika boleh, mahu mengetahui jantina anak yang sedang dikandungkan itu. Ada ibu yang mahukan anak lelaki untuk menjadi pewaris kepada keluarga itu di masa hadapan dan ada pula yang inginkann anak perempuan, sebagai teman di dapur nanti.

Untuk yang mahukan anak lelaki, dikepilkan doa yang boleh anda amalkan di awal kehamilan. Doa ini seeloknya dibacakan oleh suami sebanyak 2 atau 3 kali sambil meletakkan tangan di atas perut isteri yang sedang hamil 2 atau 3 bulan.

“Ya Allah, sesungguhnya kami akan memberi nama anak yang berada di perut isteri kami dengan nama Muhammad maka jadikanlah dia untuk kami seorang anak laki-laki dengan hak yang mempunyai nama yang mulia ini yakni Nabi Muhammad.”

Di sini disenaraikan beberapa tanda-tanda hamil anak lelaki berdasarkan pemerhatian teliti orang tua-tua terhadap keadaan fizikal ibu hamil itu sendiri.

Tanda-tanda hamil anak lelaki:

  1. Perut memboyot kehadapan dan kelihatan tajam
  2. Perut anda lebih rendah kedudukannya
  3. Sering berjerawat dan mengalami masalah kulit
  4. Ukuran payudara kanan yang lebih besar dari payudara kiri
  5. Suhu kaki yang sering sejuk daripada biasa
  6. Denyutan nadi di bawah 140 denyut per minit
  7. Kulit yang lebih kering dan cenderung untuk pecah serta mengelupas
  8. Mengidam untuk makan makanan yang lebih berunsurkan tinggi protein, masam atau masin.
  9. Posisi tidur yang lebih cenderung mengadap ke kiri
  10. Berseri wajah ketika hamil
  11. Tidak mengalami alahan pagi ketika trimester pertama
  12. Rambut lebih lebat dan berkilat
  13. Mudah diserang sakit kepala

Cara paling mudah untuk mengenal pasti jantina kandungan, sudah tentulah melalui teknik imbasan yang dilakukan oleh doktor ketika usia kandungan mencecah 5 bulan dan ke atas. Selain itu, anda juga boleh mencuba kaedah ini. Campurkan sedikit soda bikarbonat dengan air kencing ibu yang paling pekat di awal pagi. Sekiranya gabungan itu berjaya menghasilkan buih, maka kandungan itu besar kemungkinan adalah seorang bayi lelaki.

Walaupun begitu, tanda-tanda hamil anak lelaki yang dialami bergantung pada perubahan hormon yang sedang berlaku di dalam tubuh anda. Pengalaman bagi setiap ibu hamil itu adalah berbeza. Anda mungkin ada mengalami tanda-tanda yang disenaraikan dan mungkin juga tidak. Besar kemungkinan anda akan mendapat anak lelaki jika terdapat hampir semua tanda tersebut pada diri anda.

Adakalanya perubahan tingkah laku si ibu juga menunjukkan tanda-tanda hamil anak lelaki. Sebagai contoh, masakan anda yang selama ini cukup sedap menjadi hambar secara tiba-tiba. Kek yang dibakar sempurna menjadi bantat dalam sekelip mata. Pokok bunga yang biasanya menjadi setiap kali ditanam, mati dalam tempoh yang singkat. Selain itu, kecenderungan minat anda berubah ke arah kemahiran orang lelaki. Kerja-kerja seperti bertukang, mengecat dan sebagainya menjadi mudah buat anda pelajari pada ketika itu.

Anak lelaki atau perempuan, itu adalah ketentuan Tuhan. Yang penting, anak yang dikandung itu sihat dan sempurna apabila dilahirkan nanti. Jagalah kandungan anda dengan sebaik yang boleh. Berdoalah agar perjalanan kandungan kali ini mudah dan diberkati sehingga tiba masa kelahiran nanti.

Join the conversation

SHOPPING BAG 0