FREE SHIPPING OVER RM173 (Peninsular Malaysia)

LAST CALL: LOWEST PRICE GUARANTEE 50% OFF. EXPLORE

Petua & Nasihat
Posted in

Kenapa Anda Tidak Sepatutnya Memberi Susu Formula Kepada Bayi Baru Lahir

milk booster
Posted in

MOMMA Pregolact

Pastinya ada mommies yang baru sahaja selesai berpantang dan masih lagi tidak yakin untuk meneruskan penyusuan susu ibu, dan berniat untuk menghentikan penyusuan susu ibu sebaik sahaja mula bekerja.

Tunggu dulu mommies, pastikan mommies baca artikel ini untuk kebaikan si manja.

Untuk Slot Kaunselor Laktasi kali ini, kami akan mengupas dengan lebih lanjut keburukan susu formula buat bayi mommies yang belum mencecah umur 6 bulan.

Apakah susu formula ?

Susu formula adalah makanan dan minuman lain selain susu ibu. Untuk 6 bulan pertama, hanya susu ibu yang terbaik untuk bayi.

Keburukan Susu Formula

Bagi bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya, mereka tidak perlu diberi supplement – makanan atau minuman lain selain susu ibu :-

  1. Mengurangkan kesan perlindungan daripada penyusuan susu ibu.  Air atau cecair lain akan menghakis salutan pelindungan penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu terhadap sistem pencernaan. Bayi mommies bakal terdedah kepada jangkitan dan alahan.
  2. Meningkat risiko kegemukan (obesiti) kerana lazimnya susu selain susu ibu mengandungi gula. Bagi bayi yang meminum susu ibu, badan mereka anjal, tegap dan lebih berat walaupun bagi sesetengah bayi mereka kelihatan kecil dan ringan.
  3. ‘Supplement feeding’ boleh menyebabkan bayi mommies kenyang dan mengurangkan keinginan mereka terhadap penyusuan susu ibu. Secara langsung menyebabkan susu semakin berkurang.
  4. Berisiko terhadap jangkitan.
  5. Enzim-enzim penghadaman belum bersedia sepenuhnya. Ini adalah antara punca utama kenapa bayi mommies mudah cirit birit apabila mula diperkenalkan dengan supplement feeding selain susu ibu.

Kami berharap selepas membaca perkongsian ini, mommies akan lebih nekad meneruskan penyusuan susu ibu secara esklusif sehingga 6 bulan.

Tiada hadiah yang lebih mewah, lebih berkhasiat untuk bayi mommies selain susu ibu.

Join the conversation

SHOPPING BAG 0