milk booster semulajadi

Milk Booster Terbaik Di Malaysia

MOMMA® adalah jenama yang sangat berkait rapat dengan perkembangan bayi bermula dari dalam rahim seorang ibu lagi. Oleh itu, logo MOMMA® direka untuk kelihatan seperti seorang bayi dalam kedudukan janin. Logo MOMMA® juga berbentuk biji kacang yang menandakan pertumbuhan dan potensi.

Sejarah Syarikat

MOMMA INDUSTRIES SDN BHD telah ditubuhkan pada tahun 2013 oleh seorang individu yang mempunyai visi untuk melihat dunia yang penuh dengan anak-anak yang sihat dan bahagia. Sebagai kaunselor laktasi yang bertauliah, beliau percaya bahawa penyusuan susu ibu adalah pilihan terbaik bagi setiap ibu dan bayi. Melalui penyusuan susu ibu, bayi akan membesar sebagai anak yang sihat dan bahagia.

MOMMA® Pregolact® diperkenalkan sebagai makanan tambahan berasaskan susu untuk membantu ibu-ibu meningkatkan kuantiti dan kualiti susu ibu agar bayi dapat membesar dengan lebih bahagia dan sihat melalui penyusuan susu ibu.

Bagi menyokong perkembangan kanak-kanak selepas 2 tahun, MOMMA® Junior diperkenalkan. MOMMA® Junior adalah produk yang mengandungi susu kambing yang berfungsi untuk melengkapkan diet berusia 2 tahun.

Bermula di Bangi, kini produk MOMMA® boleh didapati di kebanyakan kedai bayi, farmasi dan juga dalam talian. Sehingga sekarang, MOMMA® telah membantu dan menyokong lebih daripada 20,000 ibu yang berdepan cabaran dalam mencapai aspirasi mereka untuk menyusukan bayi secara eksklusif.  MOMMA® akan terus berjuang membantu lebih ramai ibu menjayakan penyusuan susu ibu.

Latar Belakang Syarikat

MOMMA INDUSTRIES SDN BHD adalah pengeluar dan pengedar rangkaian susu jenama MOMMA® yang dibuat khas untuk memenuhi kperluan ibu hamil dan menyusu serta kanak-kanak berumur 2 tahun ke atas.

MOMMA® Pregolact® adalah milk booster terbaik yang telah melalui aktiviti Penyelidikan dan Pembangunan produk yang teliti untuk menghasilkan milk booster yang berkesan meningkatkan pengeluaran dan menambahbaik nutrisi susu ibu.

Matlamat MOMMA® adalah untuk menawarkan ibu-ibu yang menyusu dan hamil dengan milk booster  dan kanak-kanak kecil dengan susu kambing Malaysia berkualiti tinggi, yang berkhasiat serta dapat menyokong pertumbuhan kanak-kanak. Produk MOMMA® adalah susu tulen, bebas daripada krimer tanpa tenusu dan tidak mengandungi gula tambahan, menggunakan bahan semulajadi dan diformulasi menggunakan gabungan susu kambing Malaysia yang berkhasiat.

Produk MOMMA® boleh didapati di kedai bayi, farmasi dan juga secara atas talian. Demi memastikan jaminan kualiti produk dan keselamatan ibu-ibu yang menggunakan produk MOMMA®, setiap proses pembuatan produk yang dikendalikan adalah mengikut standard GMP, HALAL dan MESTI.

MOMMA® memulakan kempen pemasaran Pregolact® dengan moto “Cherish Your Blissful Bonds”.