FREE SHIPPING OVER RM173 (Peninsular Malaysia)

LAST CALL: LOWEST PRICE GUARANTEE 50% OFF. EXPLORE

Perkembangan Bayi & Kanak-kanak

Makanan Bayi 6 Bulan Yang Paling Mudah Anda Sediakan

makanan bayi 6 bulan

Anak sudah berusia 6 bulan dan boleh mula makan. Apa makanan bayi 6 bulan yang sesuai ya?

 

Memasuki usia 6 bulan, ibu bapa pasti teruja untuk melihat si bayi mencuba solid foods buat pertama kali. Namun perlu ingat, kaedah penyediaan makanan bayi 6 bulan ke atas perlu bersesuaian kerana tidak semua makanan boleh terus diperkenalkan kepada mereka.

Ada beberapa perkara perlu dipatuhi ibu bapa dalam penyediaan makanan, begitu juga jenis-jenis makanan.

bayi

 

 

Mengikut organisasi kesihatan sedunia seperti World Health Organisation (WHO) dan United Nations Children’s Fund (UNICEF), usia 6 bulan merupakan usia yang sesuai untuk diperkenalkan makanan kepada si manja. Ini kerana sistem penghadaman yang mulai matang dan bersedia menerima makanan.

Bukan itu sahaja, pada usia sebegini juga, bayi selalunya sudah mula pandai untuk menelan makanan.

Badan bayi mula kehilangan beberapa zat penting selepas berusia 6 bulan ke atas. Susu ibu sudah tidak dapat membekalkan permintaan zat besi yang mencukupi untuk mereka.

Menerusi pengambilan makanan bayi ketika berusia 6 bulan, mereka akan mendapat bekalan zat besi yang diperlukan untuk badan.

Bagaimanapun di kala ibu-ibu ‘excited’ memberi makanan kepada si bayi, jangan lupa untuk terus memberikan susu mengikut kadar yang ditetapkan.

Bagaimana hendak sediakan makanan bayi yang memasuki usia 6 bulan? Di bawah kami kongsikan 10 resepi yang mudah dan senang serta berkhasiat.

Hanya 15 minit untuk disediakan, puree boleh disediakan dalam kuantiti yang banyak dan boleh disimpan dalam tempoh sehingga 3 bulan jika diletakkan di dalam freezer.

 

makanan bayi 6 bulan

 

  1. Bubur Nasi Kosong

Bahan-bahan :

¼ cawan beras

1 ¾ cawan air

 

Cara-cara :

Bersihkan beras dan masukkan ke dalam periuk.

Reneh selama 10-15 minit.

Kisar nasi sehingga menjadi lembut.

*Ada ibu-ibu yang gemar mengisar beras dahulu sebelum dimasak.

*Anda juga boleh menambah sedikit susu ibu kepada nasi sebelum diberi kepada bayi.

 

puree keledek bunga kubis

 

  1. Puree Keledek dan Bunga Kubis

 Bahan-bahan :

1 biji keledek bersaiz sederhana

30 gram bunga kubis

 

Cara-cara :

Kupas kulit ubi keledek dan potong dadu.

Bersihkan bunga kubis dan potong kecil.

Rebus atau stim ubi keledek dan bunga kubis selama 10 minit atau sehingga kedua-dua bahan menjadi lembut.

Masukkan ubi keledek dan bunga kubis ke dalam mesin pengisar dengan sedikit air. Kisar sehingga menjadi lembut.

 

  1. Puree Pisang

Bahan-bahan :

1 biji pisang

Air masak / susu ibu / susu tepung

 

Cara-cara :

Bersihkan dan lenyekkan pisang.

Panaskan antara 30 saat supaya pisang menjadi sedikit lembut.

Tambahkan sedikit air atau susu ke dalam adunan pisang.

 

 

  1. Puree Labu dan Lobak Merah

Bahan-bahan :

50 gram labu

½ batang lobak merah

 

Cara-cara :

Kupas kulit labu dan lobak merah. Potong dadu kedua-dua bahan.

Renehkan lobak merah sehingga 10 minit atau sehingga lembut.

Masukkan labu dan reneh sehingga 3 minit atau sehingga lembut.

Masukkan labu dan lobak merah ke dalam mesin pengisar dengan sedikit air. Kisar sehingga menjadi lembut.

 

sup stok ayam

 

  1. Sup Stok Ayam

Bahan-bahan :

800 gram tulang ayam bahagian dada

4 cawan air

 

Cara-cara :

Bersihkan tulang ayam dan buang lemak, kulit dan darah beku.

Masukkan tulang ayam ke dalam periuk dan didihkan bersama air.

Bang kotoran pada permukaan sup.

Reneh sehingga 45 minit, tapis dan biarkan sup sejuk sebelum dihidang bersama bubur nasi.

 

serbuk ikan bilis

 

  1. Serbuk Ikan Bilis

Bahan-bahan :

1 cawan ikan bilis

 

Cara-cara :

Buang kepala dan isi perut ikan bilis, cuci bersih dan rendam dalam air selama lima minit untuk buang rasa masin pada ikan.

Perah ikan bilis untuk keluarkan lebihan air.

Goreng ikan bilis hingga kering di dalam kuali tanpa minyak.

Boleh juga menggunakan ketuhar atau air fryer.

Sejukkan ikan bilis dan kisar sehingga menjadi serbuk.

*Boleh dicampur bersama bubur nasi.

*Simpan serbuk ikan bilis di dalam bekas kedap udara dan di dalam peti sejuk.

 

bubur nasi ayam kentang 

  1. Bubur Nasi Bersama Ayam dan Kentang

Bahan-bahan :

¼ cawan beras

1 ½ cawan air

½ biji ubi kentang

Isi ayam bahagian dada

 

Cara-cara :

Basuh beras dengan bersih dan renehkan di dalam periuk bersama air.

Masukkan ubi kentang dan isi ayam.

Reneh sehingga kesemua bahan menjadi lembut.

Sejukkan sebentar sebelum dikisar sehingga menjadi lembut.

 

puree mangga avocado

 

  1. Puree Mangga dan Avocado

Bahan-bahan :

1 biji manga

1 biji avocado

 

Cara-cara :

Kupas kulit mangga dan avocado dan stimkan selama 30 saat.

Masukkan ke dalam mesin pengisar.

Boleh campurkan sedikit air atau susu ibu.

 

puree bayam ikan merah

  1. Puree Ikan Merah dan Bayam

Bahan-bahan :

¼ cawan nasi

5 batang sayur bayam

Sedikit isi ikan merah

 

Cara-cara :

Basuh beras dengan bersih dan renehkan di dalam periuk bersama air.

Masukkan isi ikan merah dan sayur bayam yang dipotong kecil-kecil.

Sejukkan nasi sebelum dikisar di dalam mesin pengisar.

 

puree pir epal

 

  1. Puree Epal dan Pir

Bahan-bahan :

1 biji epal

1 biji pir

 

Cara-cara :

Kupas kulit epal dan pir.

Stimkan selama 3 minit atau sehingga lembut.

Masukkan ke dalam mesin pengisar dengan sedikit air atau susu.

 

Untuk melihat sama ada si manja anda sesuai atau tidak dengan makanan bayi yang diperkenalkan pada usia 6 bulan, ibu bapa dinasihatkan untuk mengikut ‘4 days wait rule’ untuk melihat sama ada mereka mempunyai alahan kepada apa-apa jenis makanan secara spesifik.

Ini juga sedikit sebanyak dapat membantu ibu bapa mengesan apakah jenis makanan yang boleh mendatangkan sembelit, kembung perut atau cirit birit.

Momma Industries Sdn Bhd sentiasa percaya penyusuan susu ibu merupakan terbaik buat si manja supaya mereka membesar dengan sihat dan kuat.

Momma Pregolact merupakan makanan tambahan kepada ibu-ibu untuk membantu mereka menambahkan kuantiti dan kualiti susu terbaik untuk anak.

 

 

Dengan variasi milkbooster iaitu Vanilla Bliss, Chocolate dan Evermom Non-CMO Soy, ia merupakan makanan berkhasiat bagi ibu menyusu yang kaya dengan 14 vitamin dan mineral. Ia juga boleh diambil ketika hamil bagi menggalakkan pengeluaran susu ibu.

Lebih menarik ia juga dapat menambah tenaga kepada si ibu selain membantu pertumbuhan dan perkembangan otak bayi.

Anda boleh mendapatkan product Momma Industries Sdn. Bhd dengan klik di sini.

Join the conversation

SHOPPING BAG 0