FREE SHIPPING OVER RM173 (Peninsular Malaysia)

LAST CALL: LOWEST PRICE GUARANTEE 50% OFF. EXPLORE

Petua & Nasihat
Posted in

Suntikan Vaksin Pneumococcal

Perlu atau tidak suntikan vaksin Pneumococcal diberikan pada anak anda? Sebagai ibu bapa, kita mahukan yang terbaik untuk setiap anak-anak terutamanya kesihatan mereka. Jadi, penting atau tidak suntikan vaksin Pneumococcal ini kepada anak anda? Mari kita baca selanjutnya tentang vaksin Pneumococcal dan penyakit berkaitannya.

Suntikan vaksin Pneumococcal merupakan sejenis imunisasi yang boleh diberikan kepada kanak-kanak sebagai langkah awal untuk mencegah daripada jangkitan kuman di paru-paru yang dikenali sebagai penyakit Pneumonia. Penyakit Pneumonia ini kerap di alami oleh kanak-kanak di bawah umur 5 tahun. Ianya terjadi akibat bakteria, virus, fungus dan parasit yang menyebabkan jangkitan pada hidung dan berterusan hingga ke paru-paru.

Penyakit pneumonia boleh membuatkan seseorang yang dijangkiti sukar untuk bernafas. Ini berlaku kerana nanah dan lendir memenuhi saluran udara pada paru-paru yang akan menggangu sistem pernafasan . Jika ianya dibiarkan berterusan, oksigen mungkin tidak dapat sampai ke dalam darah dan sel tubuh yang seterusnya membahayakan nyawa anak anda.

Sekiranya anak anda mengalami simptom awal jangkitan pada paru-paru seperti demam panas, batuk dengan atau tanpa kahak, sakit dada, tiada selera makan, rasa tidak sihat dan sering merengek, pernafasan laju atau susah bernafas, muntah atau cirit-birit, segeralah bawa anak anda berjumpa dengan doktor.

Jika jangkitan kuman pada paru-paru ini disebabkan oleh bakteria, kebiasaanya doktor akan memberikan antibiotik kepada anak anda. Tetapi, jika jangkitan kuman di paru-paru ini berlarutan dan teruk, anak anda akan dimasukkan ke hospital untuk diberikan oksigen, antibiotik dan sokongan perubatan yang lain bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih serius dan membahayakan nyawa anak anda.

Sekiranya mendapati anak anda juga mengalami batuk yang berpanjangan selama tiga hari, keadaan badan yang lesu, mengalami muntah, nafas berbunyi dan dehidrasi, bawalah segera anak anda berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.  Untuk membezakan batuk biasa dan batuk Pneumonia, bunyi batuk biasa ‘tidak dalam’ berbanding batuk akibat Pneumonia yang bunyinya agak ‘dalam’ dan ianya kerap terjadi pada waktu malam sehingga ke pagi.

nak tambah susu badan

Pada kebiasaanya, anak yang dijaga oleh pengasuh di taska sangat berisiko untuk mendapat penyakit ini. Ini adalah kerana persekitaran taska yang tidak dijamin bersih serta perkongsian bekas makanan dan minuman menyebabkan penyakit ini mudah disebarkan kepada kanak-kanak lain.

Oleh demikian, sekiranya anda menghantar anak anda ke taska, anda mungkin perlu memikirkan untuk memberikan suntikan vaksin Pneumococcal ini sebagai cara pencegahan awal kepada anak anda. Jangkitan kuman pada paru-paru ini boleh menjadi sangat serius kepada kanak-kanak kecil dalam masa yang singkat dan secara tidak langsung membahayakan nyawa anak anda.

Bagi mengelakkan anak anda mengalami penyakit jangkitan kuman pada paru-paru yang dikenali sebagai Pneumonia, anda perlu sentiasa menitikberatkan kebersihan diri di kalangan anak-anak anda, persekitaran rumah dan taska, serta meneruskan penyusuan susu ibu bagi meningkatkan antibodi anak sebagai salah satu langkah dalam mencegah jangkitan kuman dan bakteria.

Dan sebaiknya, ibu bapa perlu mempertimbangkan pengambilan suntikan vaksin Pneumococcal di hospital atau klinik swasta bagi meningkatkan lagi imunisasi anak anda. Semoga dengan suntikan imunisasi vaksin Pneumococcal ini anak anda dapat dihindari penyakit Pneumonia dan menjalani aktiviti harian dengan ceria!

29 Replies to “Suntikan Vaksin Pneumococcal”

  1. Nazrul

    Adakah suntikan pneumokokal ini boleh disuntik untuk kanak2 berumur 3-4 tahun?

    1. Momma Industries[ Post Author ]

      Ya boleh, dapatkan info lanjut di klinik-klinik swasta yang menyediakan suntikan pneumokokal.

  2. Nur azwani Zira nasreen

    bayi 5 bulan boleg ambil x?total dos brpa ye?jarak ant dos bpe ye?vaksin tok tmjnji 6bln nnt bleh x ccok?next tca tok 6bln 22hb jan 18

    1. Momma Industries[ Post Author ]

      Bayi 5 bulan boleh ambil suntikan. Dapatkan info lanjut berkaitan dos, jarak suntikan dan lain-lain maklumat penting di klinik kanak-kanak / hospital yang berhampiran anda.

  3. DAYU

    SELALU BERAPA HARGA TUK DAPAT KAN SUNTIKAN INI

    1. Momma Industries[ Post Author ]

      Hi Puan Dayu. Terima kasih kerana menghubungi kami.

      Jumlah dos yang perlu diambil adalah mengikut umur anak. Anggaran harga untuk 1 dos suntikan vaksin Pneumococcal adalah dalam lingkungan RM190 – RM250. Sila rujuk pusat rawatan terlebih dahulu kerana harga bagi setiap klinik atau hospital tidak sama.

  4. ima

    kanak-kanak seawal umur berapa hinggga umur berapa tahun boleh mengambil suntikan ini? adakah selepas menerima suntikan anak bebas sepenuhnya dari jangkitan virus pnemonia ini atau anak masih juga berisiko untuk terkena jangkita virus ini?

    1. Momma Industries[ Post Author ]

      Suntikan ini tidak menjamin kanak-kanak bebas sepenuhnya daripada terkena jangkitan Pneumonia. Ia hanya bertindak sebagai pencegahan yang dapat mengurangkan risiko komplikasi akibat penyakit Pneumonia dan mempercepatkan tempoh penyembuhan.

      Suntikan boleh diambil apabila bayi berumur 2 bulan. Rujuk jadual di bawah:
      2 bulan – 6 bulan >>> 4 dos
      7 bulan – 11 bulan >>> 3 dos
      12 bulan – 5 tahun >>> 2 dos

  5. NOOR FAEZAH BTE MD YASSIN

    Di mana Nak dapat Kan vaksin nie xsemua hospital ada Kan mana yang hospital yang ada vaksin nie??

    1. Momma Industries[ Post Author ]

      Hi Puan Faezah,
      Bagi mendapatkan suntikan vaksin ini, Puan boleh ke klinik, hospital swasta atau pusat rawatan kanak-kanak.

  6. Mr. Bo

    Adakah di hospital kerajaan dibekalkan suntikan vaksin ini?

    1. Momma Industries[ Post Author ]

      Hi Mr. Bo,
      Suntikan vaksin ini tidak disediakan di hospital kerajaan. Encik perlu merujuk ke klinik dan hospital swasta bagi mendapatkan suntikan.

  7. Puan Siti

    Anak ke 2 sy berusia 9 tahun…
    Sejak 9 bulan yang lalu kerap mengambil neb….
    Blh ke anak sy mngambil vaksin pnemococcal skrg ni?

    1. Momma Industries[ Post Author ]

      Hi Puan Siti,

      Untuk masalah ini, anak Puan mungkin mengalami alahan atau cenderung ke arah asma kerana kerap mengambil nebulizer.

      Kami cadangkan Puan membawanya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Untuk vaksin Pneumococcal, anak Puan masih boleh mendapatkannya dengan nasihat doktor.

  8. Siti nur syuhada bt ismail

    Aslkm sis…baby sy umu 6bln..dia selalu batuk2…menyusu bernafas mcm x lepas…sekarang suara dia serak…adakah baby sy alami jangkitan paru2??

    1. Momma Industries[ Post Author ]

      Waalaikumussalam Paun Syuhada,

      Berikut merupakan simptom-simptom jangkitan kuman pada paru-paru:
      – Batuk yang teruk
      – Demam yang tinggi
      – Sesak nafas
      – Bernafas secara laju

      Saya nasihatkan Puan untuk membawa anak Puan segera mendapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut bagi mengelakkan berlakunya sebarang jangkitan.

      1. Haqkam

        Salam, anak saya berusian 4 tahun. sering sakit bermula dengan batuk>demam>seleme. bila bawa ke klinik doc kata anak saya demam sebab tonsile membengkak dan akan beri ubat2 temasuk antibiotik. namun biasanya hampir 2 minggu lebih baru selseme>demam>batuk akan kebah…adakah sakit anak saya ni disebabkan tonsile atau memang berpunca dari pnuemococal

  9. zul

    anak saya mengalami bengkak dan merah2 selepas mendapatkan suntikan.. adakah sesuatu yg biasa jika anak mengalami bengkak dan lebam seperti ini?

    1. Momma Industries[ Post Author ]

      Hi Encik Zul,

      Bengkak dan merah pada tempat suntikan adalah Kesan sampingan yang paling biasa selepas mengambil suntikan. Namun, sekiranya keadaan bertambah teruk sila rujuk ke klinik atau hospital untuk pemeriksaan.

  10. Pn siti

    Anak sy umur 6 tahun,br ambil suntikan ni.selepas anak sy ambil suntikan,anak kerap demam.kenapa ye.?

  11. Noraini Mat nor

    jarak pengambilan vaksin ni dengan vaksin klinik berapa minggu? ke boleh di ambil dalam bulan y sama?
    saya ada ambil vaksik pneumococal untuk anak 7/4. dan suntikan 5 bukan 18 /4 ni.boleh ke jarak dekat2

  12. Intan

    Saya mahu bertanya anak saya telah pn suspek pneumonia.. Boleh ke vaksin ini di ambil bg mencegah ia merebak? Beri pencerahan.. Tq

  13. Noor Ain

    hai. saye nak tanya..ade effect tak selepas mendapatkan suntikan vaksin ini. sebab anak saye demam panas dan muntah2. adakah ianya normal?

  14. Tinie

    Salam….
    sy nak tanya jika seorang kanak-kanak itu telah di jangkiti virus hingga menyebabkan cecair nanah keluar dr telinga adakah dia boleh mengambil suntikan vaksin pd waktu skrg & adakah boleh sembuh dengan cpt??
    TQ

  15. Hayati

    Bolehkah anak menerima suntikan vaksin ini kalau masih batuk atau demam? Anak umur 8bulan lebih.. Dua kali suda masuk wad nafas laju..

  16. Mazz

    Apabila pesakit telah stabil dr sakit pneumonia ni adakah pesakit boleh mengambil suntikan vaksin tersebut bila-bila masa..

  17. sophie

    anak saya pernah mengalami batuk berterusan selama 1bulan semasa umurnya 2bulan. tetapi sekarang anak saya telah mengambil 3dos vaksin pnemococcal seperti yang disarankan oleh doktor. Soalan saya,sekiranya anak saya mengalami batuk berterusan sekali lagi selama sebulan,adakah vaksin pnemococcal yang telah diambil dapat menghindarinya dari penyakit pnemococcal?

  18. Hani

    Jika umur dah 50-80 tahun boleh ambil vaksin ini? Ada kesan sampingan lain selepas ambil suntikan? Adakah vaksin ini dari sumber yang halal?.terima kasih.

  19. Ismanizawati Ismail

    anak saya baru ambil suntikan vaksin MMR pada hari ini, boleh kah jika ambil suntikan vaksin pneumococcal pula pada keesokkan harinya?

Join the conversation

SHOPPING BAG 0