FREE SHIPPING OVER RM173 (Peninsular Malaysia)

LAST CALL: LOWEST PRICE GUARANTEE 50% OFF. EXPLORE

Petua & Nasihat
Posted in

Persediaan Bersalin di Hospital

MOMMA Pregolact

Persediaan bersalin di hospital terbahagi kepada dua perkara yang perlu diutamakan – persediaan fizikal dan juga persediaan mental. Persediaan fizikal bermaksud barang keperluan yang perlu dibawa bersama ketika mendaftar masuk ke hospital. Manakala, persediaan mental adalah persediaan ibu itu sendiri untuk bertarung di medan bilik bersalin nanti. Ikuti artikel ini untuk huraian lanjut.

  1. Persalinan ibu 2-3 pasang

Bawa kain batik yang banyak, beberapa helai baju dan pakaian dalam yang selesa untuk penyusuan bayi. Bawa tudung sarung lebih, kepada yang beragama Islam.

  1. Persalinan bayi 2-3 pasang

Bawa beberapa pasang pakaian bayi untuk dipakai sebelum anda pulang. Ada yang dapat keluar awal, ada yang perlu ditahan di wad untuk beberapa hari atas sebab-sebab yang tertentu. Jangan dilupa, sarung tangan dan sarung kaki bayi yang comel diselitkan bersama di dalam beg. Bayi yang baru lahir cukup sensitif dan perlu sentiasa dipastikan tidak kesejukkan.

  1. Pakaian suami atau anak-anak lain yang menemani

Untuk hospital swasta, suami dan anak-anak boleh menemani anda bersama. Sediakan pakaian mereka juga.

  1. Tuala ibu dan anak

Tuala penting untuk membersihkan diri dan bayi yang baru dilahirkan. Pihak hospital tidak menyediakan kemudahan ini. Anda perlu bawa sendiri dari rumah.

  1. Kain bedung

Kain bedung atau lampin bersaiz besar diperlukan oleh jururawat untuk membedung anak anda. Kebiasaannya, bayi akan dibersihkan dan dibedung sebelum dibawa kepada ibu untuk disusukan. Sediakan barangan yang lengkap kepada jururawat yang membantu bagi memudahkan tugas mereka.

  1. Lampin pakai buang bayi

Cari lampin pakai buang pek kecil dengan saiz ‘New Born’ untuk dibawa ke hospital. Ini salah satu persediaan bersalin di hospital yang sangat penting. Simpan stok yang sama di rumah dengan jumlah yang agak besar. Secara purata, seorang bayi menggunakan 10-15 lampin pakai buang, sehari.

  1. Bawa peralatan membersihkan diri yang dirasakan perlu

Tidak semua hospital membekalkan kelengkapan membersihkan diri kepada pesakitnya. Bawa keperluan yang anda rasa perlu seperti ubat gigi, syampu dan sabun mandi untuk membersihkan diri selepas melahirkan. Anda perlu sentiasa kelihatan segar dan bersih supaya dapat menyusukan bayi anda dalam keadaan selesa.

  1. Minyak panas, minyak angin dan bekalan perubatan

Bawa bekalan minyak angin yang secukupnya untuk disapu pada badan ibu yang banyak berjasa selepas melahirkan. Bawa juga minyak perut untuk bayi, minyak Yu Yee atau telon, antara pilihan yang digemari ibu muda hari ini.

  1. Stokin dan baju panas buat ibu

Persediaan bersalin yang lain ialah stokin dan baju panas untuk melindungi ibu dari suhu sejuk dan untuk elakkan badan daripada dimasuki angin.

  1. Tali bengkung

Untuk ibu yang melahirkan secara normal, anda boleh memasang tali bengkung sebelum pulang dari hospital.

  1. Kamera

Ini untuk merakam detik-detik manis pertama bergelar seorang ibu. Percaya atau tidak, ramai ibu yang terlupa membawa kamera sebagai persediaan bersalin ke hospital. Paling tidak, bawalah pengecas dan telefon bimbit yang ada kamera. Detik pertama hari melahirkan, sentiasa merupakan detik paling bermakna dalam hidup anda.

  1. Makanan dan minuman

Bawa makanan seperti madu, roti, kurma dan biskut oat. Pastikan makanan yang dibawa adalah yang sihat okay, marah pula doktor di hospital nanti. Untuk minuman pula bawalah yang berkhasiat seperti susu MOMMA® yang dapat membekalkan tenaga kepada ibu sebelum melangkah ke dewan bersalin.

cara banyakkan susu

  1. Peralatan solat

Untuk yang beragama Islam, bawalah telekung, sejadah dan kain pelekat untuk suami yang menemani.

  1. Air selusuh

Bawa air selusuh, air zam-zam atau air akar Fatimah untuk diminum bagi memudahkan proses melahirkan.

  1. Tuala wanita pakai buang

Bawa bekalan tuala wanita pakai buang yang banyak sebagai untuk darah nifas yang keluar selepas proses melahirkan. Persediaan bersalin ini juga sangat penting.

  1. Buku merah

Paling penting untuk dibawa bersama sebagai persediaan bersalin di hospital ialah buku merah yang menyimpan segala rekod kesihatan ibu dan kandungan sepanjang tempoh kehamilan. Kad pengenalan ibu juga jangan lupa dibawa.

  1. Buku atau catitan doa

Untuk persediaan mental, bawa bersama buku atau catitan doa yang telah anda amalkan sepanjang kehamilan. Bawa agar anda punya rujukan membaca sepanjang melayani kontraksi yang berlaku pada diri.

  1. Persediaan lain

Antara persediaan lain yang boleh anda lakukan ialah memberitahu kepada doktor yang bakal merawat anda, apakah kemahuan spesifik yang anda idamkan untuk kelahiran ini. Sebagai contoh, maklumkan jika anda mahukan bayi dibawa terus kepada anda untuk diberi penyusuan eksklusif dan tidak mahu diberikan botol dari awal.

Anda juga boleh memohon untuk bayi tidur bersama anda sepanjang malam jika kesihatan anda mengizinkan, daripada bayi itu ditinggalkan di bilik berasingan. Atau mungkin, anda tidak mahukan sebarang medikasi dan mahu menjalankan kelahiran secara alami.

Pihak hospital tidak akan memaksa anda untuk melakukan sesuatu diluar persetujuan anda. Antara maklumat yang perlu anda tahu sebagai persediaan bersalin, jika anda perlukan bantuan menukarkan lampin bayi, anda boleh panggil jururawat untuk membantu. Ada ibu baru yang tidak tahu akan hal ini.

Senarai persediaan bersalin di hospital di atas adalah rujukan yang perlu anda pertimbangkan mengikut kesesuaian diri dan lokasi yang anda pergi. Pokok pangkalnya, banyakkan doa, zikir dan berserah kepada Illahi agar proses kelahiran ini adalah kelahiran yang mudah dan menggembirakan. Seorang khalifah sedang menanti anda dengan senyuman, maka bergembiralah ibubapa yang bakal menyambutnya.

Join the conversation

SHOPPING BAG 0