FREE SHIPPING OVER RM173 (Peninsular Malaysia)

LAST CALL: LOWEST PRICE GUARANTEE 50% OFF. EXPLORE

Uncategorized
Posted in

Resepi Ayam Masak Halia Paling Lazat Anda Pernah Rasa

ayam masak halia
Posted in

“Sedapnya kalau dapat makan nasi panas dengan resepi ayam masak halia. Tapi, boleh ke? Kan tengah pantang ni…”

 

Asian mother holding newborn baby in hospital bed

Seringkali ibu-ibu yang selepas melahirkan anak berasa ragu-ragu dalam pengambilan makanan ketika berpantang. Sama ada takut kesan terhadap badan sendiri, mereka juga gusar ia memberi kesan terhadap si anak, contohnya kembung perut.

Benar, sama ada melahirkan melalui proses normal atau pembedahan (cesarean), penjagaan semasa pantang amat penting untuk kesihatan dalaman dan luaran, terutama untuk jangka masa panjang.

Tak semestinya menu berpantang bagi ibu-ibu harus membosankan. Jika kena gayanya, yang tidak berpantang pun join sekaki mengadap lauk-lauk pantang. Yang paling penting, setiap makanan perlu bernutrisi dan sihat untuk si ibu.

Jamu dan herba tidak asing lagi bagi wanita berpantang. Halia, misalnya buka sahaja baik dalam menghilangkan angin di dalam badan, malah ia juga elok untuk menyembuhkan luka dalaman.

ayam masak halia

Halia juga membantu memanaskan badan dari dalam malah pengambilan halia dalam tempoh berpantang juga dapat mengeluarkan dan mencuci lendir dalam rahim iaitu darah nifas.

Herba ini juga amat berkesan memulihkan masalah pedih hulu hati yang sering dialami wanita hamil.

Jangan tak tahu, halia juga berkhasiat untuk menambah tenaga wanita berpantang, menjadikan mereka tampak awet muda dan membantu proses penghadaman makanan serta menghilangkan bau mulut dan kahak.

Untuk ibu-ibu berpantang, halia boleh dijadikan minuman sebagai jus, dijadikan kerabu bersama ikan rebus dan pegaga, dimasak stim bersama ikan ataupun dijadikan ayam masak halia.

Selalunya makanan orang berpantang sedikit kering kan? Apa kata cuba menu ayam masak halia yang ada sedikit kuah, baru menambah selera.

ayam masak halia

Jom kami kongsi resepi ayam masak halia yang confirm sedap!

Bahan-bahan :

500 gram ayam yang dipotong kecil

3 cm halia muda, mayang halus dan memanjang

4 ulas bawang putih, mayang halus dan memanjang

1 biji bawang besar, hiris membulat

½ sudu besar sos tiram

½ sudu besar kicap cair

1 ½ sudu kecil tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air

½ sudu besar lada hitam

½ sudu besar lada putih

1 tangkau daun bawang, dihiris halus

Garam dan kunyit untuk digaul pada ayam

 

Penyediaan :

  1. Gaul ayam bersama garam dan kunyit.
  2. Panaskan minyak, kemudian goreng ayam hingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  3. Ambil ½ senduk dari minyak gorengan ayam tadi dan tumiskan bawang putih dengan halia sehingga naik bau.
  4. Masukkab kicap cair, sos tiram, lada hitam dan lada putih dan kacau seketika.
  5. Masukkan ayam yang digoreng tadi.
  6. Masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi pekat. Boleh tambah sedikit air jika mahu berkuah.
  7. Perasakam dengan garam dan gula.
  8. Masukkan bawang besar dan daun bawang.
  9. Siap untuk dihidang.

*Resepi ayam masak halia ini amat sedap jika dimakan dengan nasi panas.

*Anda juga boleh letakkan sayur seperti brokoli atau lobak merah di dalam hidangan ayam masak halia.

Selain resepi di atas, para ibu yang berpantang digalakkan mengambil makanan tambahan untuk membekalkan nutrisi yang baik buat si ibu dan anak, lebih-lebih lagi untuk susu badan.

tanda mengandung anak lelaki

Momma Industries Sdn Bhd mempunyai rangkaian produk yang terbaik untuk melengkapkan rutin pemakanan si ibu.

Momma Pregolact Chocolate dan Momma Pregolact Vanilla Bliss mengandungi khasiat semulajadi yang penting seperti DHA, kalsium, asid folik, vitamin dan mineral tanpa krim, rendah lemak dan tanpa gula tambahan.

Boleh diambil oleh wanita yang sedang hamil, penggalak susu ibu ini juga diformulasi dengan susu kambing, zaitun, omega 3, habbatussauda, saffron, delima, madu, buah tin, kurma, kismis dan coklat.

Ia baik untuk perkembangan otak si manja, meningkatkan imunisasi bayi, memberi tenaga tambahan untuk si ibu, menjadikan kulit si ibu dan bayi lembut dan licin serta mengurangkan tekanan kepada si ibu.

Satu lagi produk penggalak susu ialah Evermom Non-GMO Soy, minuman berasaskan 100% Non GMO soya berasaskan bahan semulajadi tanpa gula tambahan, krimmer dan maltodesktrin.

Sekiranya anda mahu mendapatkan makanan tambahan untuk si ibu serta si kecil comel anda, layari laman web kami untuk maklumat lanjut.

 

 

Join the conversation

SHOPPING BAG 0