Free Delivery for Orders More than RM100!
Penyusuan Petua & Nasihat

3 Tips Banyakkan Susu Badan Untuk Cikgu Yang Menyusu

tips-banyakkan-susu-untuk-cikgu

Kerjaya sebagai cikgu bukan hanya mengajar tapi menuntut komitmen yang sangat tinggi tanpa berbelah bahagi. Kesibukan masa dan beban kerja yang perlu disiapkan semasa di sekolah amatlah mencabar.

Lebih-lebih lagi buat cikgu yang sedang atau merancang mahu menyusukan si manja dengan susu ibu. Mama Amy akui ia bukanlah satu perkara yang mudah.

Please don’t give up too early! Sebenarnya peluang untuk mommies berjaya menyusu walaupun menggalas tugas sebagai pendidik masih belum tertutup. Sentiasa berfikiran positif dan tetapkan mind set mommies.

Mama Amy nak kongsikan 3 tips khas buat cikgu yang nak banyakkan susu dan berjaya menyusu hingga 2 tahun. Jom baca.

1. Hadapi Tekanan dan Bertenang

Mengikut kajian, tekanan dan emosi yang tidak stabil boleh melambatkan perlepasan hormon oksitosin ke dalam aliran darah. Keadaan ini dapat mempengaruhi penghasilan susu hingga menyebabkan kuantiti susu menjadi semakin sedikit.

Sekiranya mommies berasa tertekan akibat bebanan kerja dan ragam anak-anak murid di sekolah, cepat-cepat bertenang dan kawal emosi. Mommies boleh cuba teknik ni; tarik nafas dalam-dalam dan lepaskannya secara perlahan-lahan melalui mulut. Kemudian, tatap gambar wajah si manja di skrin telefon dan bayangkan keletahnya yang sangat comel itu.

Ibu menyusu mesti sentiasa tenang, positif dan gembira. Barulah susu dihasilkan lebih banyak.

2. Jaga Waktu Pam

Sesibuk mana pun mommies di sekolah, cuba ambil sedikit masa dalam 15 – 20 minit untuk mengepam susu. Pastikan mommies pam sekurang-kurangnya 2 kali dengan jarak masa 3 – 4 jam bagi setiap sesi. Bagi mengelakkan kecelaruan masa, rancanglah dan susunlah waktu mengepam mommies dengan sebaiknya mengikut jadual pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti kokurikulum yang sedia ada.

Mommies dinasihatkan untuk menggunakan pam yang sesuai dan memakai baju yang mesra menyusu supaya urusan mengepam menjadi lebih mudah dan cepat. Gunakan bilik menyusu jika ada atau cari lokasi yang privasi, bersih dan selesa.

Jangan lupa untuk bawa beg berisi pek ais sekali untuk simpan susu perahan mommies nanti.

 

3. Ambil Makanan Seimbang dan Berkhasiat

Penghasilan susu ibu sahaja memerlukan lebih kurang 300 kalori. Sebagai seorang cikgu yang mempunyai anak kecil yang masih menyusu, jumlah kalori yang diperlukan lebih banyak. Dengan jadual mengajar yang padat dan ditambah pula waktu rehat yang pendek, pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat adalah sangat penting. Pada waktu pagi, mommies boleh makan roti bakar dan minum susu. Jangan skip sarapan tau!

Tengah hari pula mommies mesti ambil makanan yang ada buah, sayur, ikan atau ayam dan nasi. Minum air masak secukupnya. Kalau mommies perlu stay back di sekolah hingga ke petang, bawa siap-siap roti atau cream cracker dan susu supaya perut mommies tak terlalu lapar.

Bila mommies menjaga diet seharian dan waktu makan dengan penuh displin, badan mommies akan dapat tenaga yang cukup, tak cepat penat dan jumlah susu mommies juga tak akan kurang. Susu badan juga jadi lebih berkualiti dan penuh nutrisi.

Semoga tips ini dapat membantu mommies yang bergelar cikgu untuk banyakkan penghasilan susu dan berjaya menyusukan si manja hingga 2 tahun. Selamat mencuba!

 

 

1 comment

  1. Reen
    October 1, 2019 at 12:54 am

    Hye adakah normal bila bayi menyusu badan haid seorang ibu terganggu?Selepas sy melahirkan bayi bulan 09/2018 pada bulan 08/2019 saya datang haid yg pertama tapi bulan seterusnya saya tidak didatangi haid,saya sudah membuat UPT tp result Negative,bayi saya tidak fully breastfeeding sebab saya bkerja

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *