FREE SHIPPING OVER RM173 (Peninsular Malaysia)

LAST CALL: LOWEST PRICE GUARANTEE 50% OFF. EXPLORE

Kehamilan
Posted in

5 Tips Mudah Bersalin

Posted in

Mommy mesti tengah nervous kan nak bersalin nanti…

Jangan risau mommies. Jom siapkan diri dengan ilmu, semoga mommies semua selamat melahirkan baby yang comel dan sihat tau ❤️

Jom baca tips Amy nak kongsi hari ni.

1. Senaman ringan

Semakin hampir bersalin, pasti semakin berdebarkan mommies. Lakukan senaman ringan seperti berjalan kaki.

Ramai pakar mencadangkan untuk mommies kerapkan berjalan kaki terutama bila sudah masuk ke trimester ketiga. Ianya dipercayai dapat merangsang bukaan pintu rahim lebih cepat dan memudahkan proses kelahiran.

Namun jangan berlebihan ya mommies!

2. Senaman kegel / Senaman Lantai Pelvik

Senaman ini membantu menguatkan otot, dan dapat meningkatkan stamina.

Caranya mudah sahaja mommies,

– kemut otot pelvis (macam tahan buang air kecil)
– lakukan selama 5 saat, lepas perlahan-lahan
– Ulangi langkah tadi sehingga 25 kali.

3. Makan makanan yang sihat dan berkhasiat

Pasti mommies impikan kelahiran yang selamat dan mudahkan? Jangan lupa untuk pastikan sentiasa ambil makanan berkhasiat sepanjang hamil.

Minum susu setiap hari untuk keperluan nutrisi dan kalsium.

In sha Allah terhindar dari penyakit, dan lebih bertenaga dan sihat nanti.

4. Banyakkan berdoa dan berzikir sepanjang proses kelahiran.

Proses kelahiran biasanya mengambil masa yang panjang dan menyakitkan, jadi dekatkan diri kita dengan Pencipta, supaya kita sentiasa tenang dan lebih relax ketika bersalin. Orang yang tenang, pasti menang!

5. Yakin boleh melakukannya

Proses bersalin bukanlah sesuatu yang mudah, perlukan keberanian dan keyakinan diri.
Sentiasa berfikiran positif dan yakin lah dengan kemampuan diri mommies.

Semoga perjalanan kelahiran mommies dipermudahkan

Join the conversation

SHOPPING BAG 0