FREE SHIPPING OVER RM173 (Peninsular Malaysia)

LAST CALL: LOWEST PRICE GUARANTEE 50% OFF. EXPLORE

Laktasi

5 Tanda Susu Ibu Kurang

Mesti mommies seronokkan dapat menyusukan si manja, dan pastinya berhasrat nak menyusukan sehingga 2 tahun. Tahniah mommies, teruskan perjuangan ya!💪

Hari ni Mama Amy nak kongsikan tanda-tanda susu ibu kurang, kalau susu ibu kurang, tentunya perkembangan baby akan terganggu.

Jom periksa tanda-tanda ni;

1. Berat baby menurun atau tidak ideal

  • Berat bayi lazimnya meningkat 100-200g seminggu untuk 1 bulan pertama kelahiran, pada bulan seterusnya sehingga 1 tahun berat bayi meningkat antara 85-104g
  • Berat bayi perlu meningkat sebanyak 600g dari lahir hingga dia berusia 1 bulan
  • Sekiranya berat bayi kurang dari ini, mommies perlu tingkatkan penyusuan susu ibu 🙂

2. Bayi kurang membuang air kecil kurang daripada 6 kali sehari

  • Air kencing bayi berwarna kuning jernih adalah tanda bayi mendapat cukup susu
  • Sekiranya lampin ditukar kerap, lebih daripada 6 kali adalah normal, namun sekiranya kurang daripada 6 kali sehari, itu tandanya bayi mommies kurang minum susu

3. Bayi tidur tak lena dan kerap terjaga

  • Bayi yang tak cukup susu akan tidur tak lena dan sangat kerap terjaga
  • Bayi kelihatan tidak sihat, dan tona otot yang kurang baik
  • Bayi yang tidak cukup susu, kulitnya agak kering dan kurang anjal. Mulutnya juga agak kering

4. Baby kerap menangis dan minta disusukan kerap

  • Baby menyusu sekejap-sekejap, adakalanya tidak sampai 20 minit pada satu sesi, dan menangis lagi untuk disusukan
  • Sekiranya payudara tidak lembut selepas 20 minit penyusuan, periksa teknik lekapan
  • Baby mengempeng terlalu lama, dan kerap merengek kerana tidak cukup susu
  • Baby menyusu berlarutan sehingga lebih dari 30 minit, dan payudara telah lembut namun bayi masih kelihatan tidak puas menyusu

5. Hasil mengepam yang sedikit

  • Hasil pam yang sedikit dan tidak cukup untuk bayi. Penghasilan susu ibu tidak meningkat selepas lebih sebulan kelahiran adalah tanda-tanda susu ibu kurang dan tidak cukup untuk si manja

Baby mommies alami 5 tanda-tanda di atas?

Jom tingkatkan susu badan supaya si manja dapat  susu yang mencukupi dan membesar dengan sihat dan gembira.

 

One Reply to “5 Tanda Susu Ibu Kurang”

  1. Saba'atun hajijah

    Susu berkurang

Join the conversation

SHOPPING BAG 0