Cara Penyimpanan Susu Ibu Yang Betul

MOMMA Pregolact

Susu ibu mengandungi sel hidup dan amat penting untuk anda mengetahui cara penyimpanan susu ibu yang betul. Ini adalah untuk memastikan nutrien yang terkandung di dalam susu ibu dapat dipelihara sebaiknya dan tidak musnah atau rosak.

Oleh itu, adalah penting untuk mengetahui cara yang betul dalam menguruskan penyimpanan susu ibu supaya bayi anda sentiasa memperolehi khasiat yang terbaik dari susu ibu. Susu ibu yang diperah dan disimpan boleh diberikan kepada bayi apabila ketiadaan ibu di sisi atau ketika ibu mengalami masalah kesihatan dan tidak dapat menyusukan bayi secara direct feeding.

Antara tips penyimpanan susu ibu yang boleh anda amalkan adalah seperti berikut:

  1. Menggunakan bekas penyimpanan susu yang bersih dan telah disteril

Terdapat pelbagai bekas yang digunakan untuk mengisi perahan susu ibu sama ada botol plastik atau beg linear. Namun, anda perlu memastikan produk plastik yang digunakan adalah bebas BPA. Kebiasaanya, akan dinyatakan pada label produk.

Terdapat juga para ibu menggunakan plastik ais krim untuk menyimpan stok perahan susu ibu. Cara ini tidak digalakkan kerana plastik ais krim ini tidak disteril. Dengan menggunakan plastik ais krim juga, ia sedikit melecehkan kerana anda tidak mengetahui secara tepat kuantiti perahan susu ibu yang disimpan. Anda juga perlu berhati-hati ketika menuang perahan susu ibu ke dalam plastik ais krim kerana dikhuatiri akan tumpah.

Selain itu, ada juga para ibu yang menggunakan bekas dadih untuk menyimpan stok perahan susu ibu. Cara ini juga tidak disarankan kerana penutupnya mudah tertanggal dan mengakibatkan susu tumpah jika tidak ditutup dengan betul. Perahan susu ibu yang dibekukan di dalam bekas dadih ini juga mudah pecah sekiranya ianya jatuh.

Oleh itu, amat penting untuk memilih bekas penyimpanan susu yang mempunyai ciri-ciri berikut supaya proses penyimpanan susu ibu lebih efektif dan selamat:

  • Bekas penyimpanan susu ibu berupa botol plastik bebas BPA adalah lebih sesuai berbanding dengan botol kaca dan mestilah mempunyai cakera penutup (disc seal).
  • Botol penyimpanan juga perlulah khusus untuk mengisi dan menyimpan susu perahan sahaja.
  • Pilih saiz botol yang bersesuaian dengan jenis pam untuk mengelakkan kebocoran.
  • Saiz botol yang sesuai untuk sekali minum juga penting untuk diambil kira agar tidak berlakunya pembaziran.
  • Menitikberatkan ruang simpanan agar bekas penyimpanan susu ibu tidak mengambil ruang yang besar di dalam peti sejuk atau deep freezer.
  1. Labelkan bekas penyimpanan susu ibu

Adalah penting untuk anda melabelkan bekas penyimpanan susu ibu dengan nama bayi, tarikh dan masa susu mula diperah serta jumlah perahan. Gunakan sticker dan marker untuk melabelkannya.

  1. Simpan kuantiti yang mencukupi di dalam bekas penyimpanan susu ibu

Adalah disyorkan untuk anda menyimpan perahan susu ibu di dalam satu bekas untuk sekali penyusuan sahaja. Contohnya, setakat 2 oz hingga 4 oz sahaja. Ini adalah untuk mengelakkan daripada berlakunya pembaziran kerana susu yang dibekukan dan telah dicairkan tidak boleh dibekukan semula.

  1. Tinggalkan sedikit ruang pada bekas penyimpanan susu ibu

Jangan penuhkan bekas penyimpanan sehingga ke penutupnya. Anda perlu meninggalkan sedikit ruang di dalam bekas penyimpanan untuk membolehkan proses pengembangan berlaku ketika susu dibekukan.

  1. Amalkan FIFO

Adalah penting untuk anda mengamalkan konsep FIFO iaitu First In First Out untuk mengelakkan susu perahan yang disimpan melangkaui jangka hayat yang dibenarkan. Sentiasa gunakan susu yang dipam lebih awal terlebih dahulu.

  1. Simpan di dalam peti sejuk

Sentiasa simpan susu perahan di bahagian paling sejuk di dalam peti sejuk atau di bahagian sejuk beku (freezer). Anda boleh merujuk jadual berikut untuk mengetahui tempoh masa jangka hayat penyimpanan susu ibu:

milk booster terbaik

Simpan Jadual Ini Sebagai Rujukan Anda

Semoga tips berkaitan cara penyimpanan susu ibu yang dikongsikan ini mampu membantu anda mengamalkan teknik-teknik yang betul  dan berkesan untuk meneruskan penyusuan susu ibu demi untuk kebaikan kesihatan anak anda.

nak tambah susu badan

Momma Industries

Author Momma Industries

More posts by Momma Industries

Join the discussion 20 Comments

  • Nordiana berkata:

    Salam mommy iskandar.. mcm sy, sy ltkkan susu dlm peti sejuk bhgian rak atas shj (peti 2 pintu)..xbekukan ..jd brpe lame yer boleh tahan? Dan mcm mane, klu susu yg dh dkluarkan tu, xhabis lg sbb anak tido, then sy masukkan smula dlm peti tmpt yg same..? Adakah boleh dgunakan lg dan Brp lame bole tahan?

    • Momma Industries berkata:

      Susu yang diletakkan di bahangian rak atas (Peti Sejuk 2 Pintu) boleh tahan untuk tempoh 3-5 hari. Jika susu tersebut telah dikeluarkan, dipanaskan dan diberi minum kepada bayi, Puan tidak boleh menyimpannya semula di dalam peti sejuk.

  • Farhana berkata:

    Salam mommy,
    Macam mana nak simpan susu di tempat kerja? Perlu ke terus bekukan? Takut dalam perjalanan balik, tercair pula. Nanti dah tak boleh bekukan semula. Apa method paling sesuai untuk simpan di tempat kerja dan cara nak bawa pulang?

    • Momma Industries berkata:

      Waalaikumussalam Puan Farhana. Terima kasih kerana menghubungi kami.

      Puan boleh meletakkan susu tersebut di bahagian chiller terlebih dahulu pada waktu kerja dan mengisi susu tersebut di dalam cooler beg berisi ice pack yang telah dibekukan sebelum pulang. Apabila berada di rumah, Puan mesti memindahkan terus ke dalam peti sejuk sama ada di bahagian chiller atau freezer.

      Perlu diingat bahawa susu yang telah dibekukan semasa bekerja dan telah mencair ketika dalam perjalanan pulang tidak boleh dibekukan semula. Perkara ini sangat penting jika Puan ingin menyimpannya sebagai stok.

  • amira berkata:

    saya ada satu kemusykilan berkaitan penyimpanan ebm.. adakah perlu selepas terus letak di freezer atau biarkan di chiller selama 3-5 hari then baru freezer.. atau selepas perah terus ke freezer,, how about freezer burn?

    • Momma Industries berkata:

      Hi Puan Amira,

      Selepas mengepam, susu ibu perlu dibiarkan berada dalam suhu bilik dahulu, sebelum disejukkan ke dalam chiller dan dipindahkan ke dalam freezer. Ini bagi memastikan khasiat susu ibu terpelihara, dan tidak rosak kerana perubahan suhu yg mendadak. Sekiranya puan merancang untuk menjadikan susu ibu tersebut sebagai stok beku , tidak perlu menunggu sehingga 3-5 hari sebelum dipindahkan ke freezer. Boleh dipindahkan lebih awal.

      Langkah-langkah yg boleh diambil untuk mengelakkan freezer burn;

      1. Gunakan plastik khas untuk penyimpanan susu ibu
      2. Elakkan isi penuh botol / plastik. Beri ruang udara untuk susu mengembang apabila beku.
      3. Guna susu mengikut teknik FIFO (first in, first out) bagi mengelakkan susu terlalu lama berada di dalam freezer. Susu yg tersimpan terlalu lama juga boleh mengalami freezer burn

      Walau bagaimanapun susu yang mengalami freezer burn masih selamat diminum oleh bayi puan.

  • Adibah berkata:

    Salam puan,
    Nak tanya kalau susu sudah dikeluarkan dari chiller dan dipanaskan boleh tahan berapa lama ya selagi belum di minum oleh bayi?

    • Momma Industries berkata:

      Salam Puan Adibah.

      Susu ibu yang dikeluarkan dari bahagian chiller, dan dipanaskan boleh bertahan selama 3-4jam selagi tidak diberikan kepada bayi.

  • Aida berkata:

    Salam Puan,

    Nak tanya, kalau di tempat kerja tiada peti sejuk, ada tak cara untuk saya simpan susu ibu?

    • Momma Industries berkata:

      Waalaikumussalam Puan Aida,
      Puan boleh meletakkan susu tersebut di dalam cooler beg berisi ice pack atau ice brick yang telah disejukbekukan semalaman. Dengan cara ini, susu tersebut boleh bertahan sehingga 12 jam.

  • Fatin Saberi berkata:

    Salam puan. Saya nak bertanya, saya ada defrost peti sejuk saya. Dan dalam proses, ada beberapa susu beku yang mencair. Adakah dikira susu tuh tak boleh dibekukan kembali?

    • Fatin Saberi berkata:

      Minta maaf nak bertanya sikit lagi. Saya ada bekukan kembali susu yang cair tuh. Adakah susu tersebut sudah rosak dan tidak boleh digunakan?

      • Momma Industries berkata:

        Hi Puan Fatin,

        Jika susu telah cair sepenuhnya, Puan perlu menghabiskan susu tersebut dalam tempoh 24 jam.

    • Momma Industries berkata:

      Waalaikumussalam Puan Fatin,

      Sekiranya susu tersebut tidak cair sepenuhnya (lebih 50%) dan masih mempunya kristal ais, ia tidak dikira telah defrost dan masih boleh dibekukan semula.

  • Nana berkata:

    Assalamualaikum puan..

    Maaf sy kurang faham.. kalau sy simpan d bahagian chiller sahaja boleh tak? lepas tu klw sy keluar kan susu dri chiller sy hanya perlu panaskan dan terus bg baby ke mcm tu? 😅

    • Momma Industries berkata:

      Waalaikumussalam Puan Nana,

      Boleh. Puan boleh keluarkan dan biar sekejap pada suhu bilik sebelum memanaskannya. Susu yang baru diperah dan diletakkan di bahagian chiller boleh bertahan sehingga 3-8 hari. Seeloknya adalah 3 hari.

  • Adila berkata:

    Assalamualaikum puan
    Sy nk tanya, tahan brapa lama utk penyimpanan susu di dalam mini freezer?

    • Momma Industries berkata:

      Waalaikumussalam Puan Adila,

      Selagi suhunya di bawah 40° dan sentiasa sejuk, mini freezer boleh digunakan untuk menyimpan susu perahan bagi tempoh jangka masa yang pendek.

  • Hidayah berkata:

    Terima kasih untuk tips2 yang puan share 😊😊

    • Momma Industries berkata:

      Sama-sama. Semoga tips yang dikongsikan bermanfaat untuk ibu-ibu yang sedang dan bakal menyusukan anak.

Leave a Reply