FREE SHIPPING OVER RM173 (Peninsular Malaysia)

LAST CALL: LOWEST PRICE GUARANTEE 50% OFF. EXPLORE

Petua & Nasihat
Posted in

Kempiskan Perut Selepas Bersalin

kempiskan perut selepas bersalin
Posted in

MOMMA Pregolact

Pening memikirkan cara kempiskan perut selepas bersalin? Ramai ibu yang menghadapi masalah perut menjadi buncit dan menggeleber selepas bersalin. Ada segelintir ibu-ibu yang menghadapi masalah ini dan seakan sedang mengandung 6 bulan!

Bagi yang mempunyai sumber kewangan yang banyak, sudah pasti ‘Slimming Center’ menjadi pilihan. Walaupun pakej yang ditawarkan kadangkala mencecah ribuan ringgit, namun ianya adalah salah satu cara yang cepat untuk kempiskan perut selepas bersalin. Namun, sekiranya anda mengamalkan kehidupan yang tidak sihat, sudah pasti masalah perut buncit dan menggeleber akan berulang lagi.

Terdapat pelbagai cara dalam usaha untuk kempiskan perut selepas bersalin. Para ibu bolehlah mengamalkan cara seperti yang dikongsikan ini bagi mendapatkan kembali bentuk tubuh yang menawan:

  1. Menyusukan anak dengan susu ibu

Penyusuan susu ibu adalah cara yang paling terbaik untuk mengempiskan perut. Susukan bayi anda dari tempoh bersalin dan seterusnya sehingga 6 bulan untuk penyusuan secara eksklusif dan teruskan hingga umurnya dua tahun. Menyusu badan mampu mempercepatkan proses pengecutan rahim dan membakar 200 hingga 600 kalori sehari. Jadi, bayangkan berapa banyak kalori yang terbakar pada sepanjang penyusuan tersebut!

  1. Pemakaian bengkung

Semasa di dalam tempoh berpantang, salah satu perkara yang dilakukan ialah berbengkung. Tujuannya adalah untuk kempiskan perut. Walaupun ada sengelintir ibu yang rimas ketika berbengkung, cubalah memakainya dengan kerap kerana ia dapat mengembalikan bentuk badan kepada asal termasuk di bahagian perut. Pastikan bengkung yang dipilih itu sesuai, selesa dan tidak menyakitkan. Teruskan pemakaian bengkung walaupun tempoh berpantang anda telah habis!

  1. Bertungku dan bersauna

Bertungku adalah satu lagi proses yang perlu dilalui semasa dalam tempoh berpantang. Bertungku pada seluruh tubuh mampu mengembalikan kesegaran dan mengelakkan angin daripada memasuki badan. Bertungku adalah bertujuan untuk memecahkan lemak, melancarkan pengaliran darah dan mengurangkan bengkak di dalam perut atau rahim. Manakala bersauna pula mampu memecahkan lemak, angin dan air berlebihan di dalam badan. Jadi, teruskan aktiviti bersauna walaupun sudah habis tempoh berpantang bagi memecahkan lemak yang ada!

  1. Amalkan pemakanan sihat

Anda perlu memilih makanan yang sihat bagi mengelakkan masalah perut buncit dan menggeleber ini. Kurangkan pengambilan makanan yang berlemak dan berminyak. Sentiasa amalkan pemakanan yang dikukus atau direbus dan lebihkan makanan yang boleh mempercepatkan proses membakar lemak seperti oat, kekacang, bayam, salmon dan madu.

  1. Lakukan aktiviti kecergasan

Anda perlu rajin untuk melakukan aktiviti fizikal seperti berjalan kaki, berbasikal atau berenang. Aktiviti fizikal seperti ini dikatakan mampu mengatasi masalah lebihan lemak di bahagian perut. Tambahan pula, bukan sahaja kempiskan perut, tetapi dapat membina otot perut yang cantik. Terus lakukan senaman secara konsisten bagi mendapatkan kesan yang terbaik.

Untuk mendapatkan perut yang kempis, anda perlu rajin berusaha. Walaupun ia mengambil masa yang agak lama dan menuntut kesabaran, kerajinan dan disiplin, suatu hari pasti anda akan berjaya dalam usaha kempiskan perus selepas bersalin dan kembali langsing. Selamat Berjaya!

Join the conversation

SHOPPING BAG 0