0
0
Subtotal: RM0.00
No products in the cart.
cara simpan stok susu

Cara Penyimpanan Susu Ibu Yang Betul

MOMMA Pregolact

Susu ibu mengandungi sel hidup dan amat penting untuk anda mengetahui cara penyimpanan susu ibu yang betul. Ini adalah untuk memastikan nutrien yang terkandung di dalam susu ibu dapat dipelihara sebaiknya dan tidak musnah atau rosak.

Oleh itu, adalah penting untuk mengetahui cara yang betul dalam menguruskan penyimpanan susu ibu supaya bayi anda sentiasa memperolehi khasiat yang terbaik dari susu ibu. Susu ibu yang diperah dan disimpan boleh diberikan kepada bayi apabila ketiadaan ibu di sisi atau ketika ibu mengalami masalah kesihatan dan tidak dapat menyusukan bayi secara direct feeding.

Antara tips penyimpanan susu ibu yang boleh anda amalkan adalah seperti berikut:

  1. Menggunakan bekas penyimpanan susu yang bersih dan telah disteril

Terdapat pelbagai bekas yang digunakan untuk mengisi perahan susu ibu sama ada botol plastik atau beg linear. Namun, anda perlu memastikan produk plastik yang digunakan adalah bebas BPA. Kebiasaanya, akan dinyatakan pada label produk.

Terdapat juga para ibu menggunakan plastik ais krim untuk menyimpan stok perahan susu ibu. Cara ini tidak digalakkan kerana plastik ais krim ini tidak disteril. Dengan menggunakan plastik ais krim juga, ia sedikit melecehkan kerana anda tidak mengetahui secara tepat kuantiti perahan susu ibu yang disimpan. Anda juga perlu berhati-hati ketika menuang perahan susu ibu ke dalam plastik ais krim kerana dikhuatiri akan tumpah.

Selain itu, ada juga para ibu yang menggunakan bekas dadih untuk menyimpan stok perahan susu ibu. Cara ini juga tidak disarankan kerana penutupnya mudah tertanggal dan mengakibatkan susu tumpah jika tidak ditutup dengan betul. Perahan susu ibu yang dibekukan di dalam bekas dadih ini juga mudah pecah sekiranya ianya jatuh.

Oleh itu, amat penting untuk memilih bekas penyimpanan susu yang mempunyai ciri-ciri berikut supaya proses penyimpanan susu ibu lebih efektif dan selamat:

  • Bekas penyimpanan susu ibu berupa botol plastik bebas BPA adalah lebih sesuai berbanding dengan botol kaca dan mestilah mempunyai cakera penutup (disc seal).
  • Botol penyimpanan juga perlulah khusus untuk mengisi dan menyimpan susu perahan sahaja.
  • Pilih saiz botol yang bersesuaian dengan jenis pam untuk mengelakkan kebocoran.
  • Saiz botol yang sesuai untuk sekali minum juga penting untuk diambil kira agar tidak berlakunya pembaziran.
  • Menitikberatkan ruang simpanan agar bekas penyimpanan susu ibu tidak mengambil ruang yang besar di dalam peti sejuk atau deep freezer.
  1. Labelkan bekas penyimpanan susu ibu

Adalah penting untuk anda melabelkan bekas penyimpanan susu ibu dengan nama bayi, tarikh dan masa susu mula diperah serta jumlah perahan. Gunakan sticker dan marker untuk melabelkannya.

  1. Simpan kuantiti yang mencukupi di dalam bekas penyimpanan susu ibu

Adalah disyorkan untuk anda menyimpan perahan susu ibu di dalam satu bekas untuk sekali penyusuan sahaja. Contohnya, setakat 2 oz hingga 4 oz sahaja. Ini adalah untuk mengelakkan daripada berlakunya pembaziran kerana susu yang dibekukan dan telah dicairkan tidak boleh dibekukan semula.

  1. Tinggalkan sedikit ruang pada bekas penyimpanan susu ibu

Jangan penuhkan bekas penyimpanan sehingga ke penutupnya. Anda perlu meninggalkan sedikit ruang di dalam bekas penyimpanan untuk membolehkan proses pengembangan berlaku ketika susu dibekukan.

  1. Amalkan FIFO

Adalah penting untuk anda mengamalkan konsep FIFO iaitu First In First Out untuk mengelakkan susu perahan yang disimpan melangkaui jangka hayat yang dibenarkan. Sentiasa gunakan susu yang dipam lebih awal terlebih dahulu.

  1. Simpan di dalam peti sejuk

Sentiasa simpan susu perahan di bahagian paling sejuk di dalam peti sejuk atau di bahagian sejuk beku (freezer). Anda boleh merujuk jadual berikut untuk mengetahui tempoh masa jangka hayat penyimpanan susu ibu:

milk booster terbaik

Simpan Jadual Ini Sebagai Rujukan Anda

Semoga tips berkaitan cara penyimpanan susu ibu yang dikongsikan ini mampu membantu anda mengamalkan teknik-teknik yang betul  dan berkesan untuk meneruskan penyusuan susu ibu demi untuk kebaikan kesihatan anak anda.

nak tambah susu badan