RM0 0
Cart

No products in the cart.

Cara Penyimpanan Susu Ibu Yang Betul

MOMMA Pregolact

Susu ibu mengandungi sel hidup dan amat penting untuk anda mengetahui cara penyimpanan susu ibu yang betul. Ini adalah untuk memastikan nutrien yang terkandung di dalam susu ibu dapat dipelihara sebaiknya dan tidak musnah atau rosak.

Oleh itu, adalah penting untuk mengetahui cara yang betul dalam menguruskan penyimpanan susu ibu supaya bayi anda sentiasa memperolehi khasiat yang terbaik dari susu ibu. Susu ibu yang diperah dan disimpan boleh diberikan kepada bayi apabila ketiadaan ibu di sisi atau ketika ibu mengalami masalah kesihatan dan tidak dapat menyusukan bayi secara direct feeding.

Antara tips penyimpanan susu ibu yang boleh anda amalkan adalah seperti berikut:

  1. Menggunakan bekas penyimpanan susu yang bersih dan telah disteril

Terdapat pelbagai bekas yang digunakan untuk mengisi perahan susu ibu sama ada botol plastik atau beg linear. Namun, anda perlu memastikan produk plastik yang digunakan adalah bebas BPA. Kebiasaanya, akan dinyatakan pada label produk.

Terdapat juga para ibu menggunakan plastik ais krim untuk menyimpan stok perahan susu ibu. Cara ini tidak digalakkan kerana plastik ais krim ini tidak disteril. Dengan menggunakan plastik ais krim juga, ia sedikit melecehkan kerana anda tidak mengetahui secara tepat kuantiti perahan susu ibu yang disimpan. Anda juga perlu berhati-hati ketika menuang perahan susu ibu ke dalam plastik ais krim kerana dikhuatiri akan tumpah.

Selain itu, ada juga para ibu yang menggunakan bekas dadih untuk menyimpan stok perahan susu ibu. Cara ini juga tidak disarankan kerana penutupnya mudah tertanggal dan mengakibatkan susu tumpah jika tidak ditutup dengan betul. Perahan susu ibu yang dibekukan di dalam bekas dadih ini juga mudah pecah sekiranya ianya jatuh.

Oleh itu, amat penting untuk memilih bekas penyimpanan susu yang mempunyai ciri-ciri berikut supaya proses penyimpanan susu ibu lebih efektif dan selamat:

  • Bekas penyimpanan susu ibu berupa botol plastik bebas BPA adalah lebih sesuai berbanding dengan botol kaca dan mestilah mempunyai cakera penutup (disc seal).
  • Botol penyimpanan juga perlulah khusus untuk mengisi dan menyimpan susu perahan sahaja.
  • Pilih saiz botol yang bersesuaian dengan jenis pam untuk mengelakkan kebocoran.
  • Saiz botol yang sesuai untuk sekali minum juga penting untuk diambil kira agar tidak berlakunya pembaziran.
  • Menitikberatkan ruang simpanan agar bekas penyimpanan susu ibu tidak mengambil ruang yang besar di dalam peti sejuk atau deep freezer.
  1. Labelkan bekas penyimpanan susu ibu

Adalah penting untuk anda melabelkan bekas penyimpanan susu ibu dengan nama bayi, tarikh dan masa susu mula diperah serta jumlah perahan. Gunakan sticker dan marker untuk melabelkannya.

  1. Simpan kuantiti yang mencukupi di dalam bekas penyimpanan susu ibu

Adalah disyorkan untuk anda menyimpan perahan susu ibu di dalam satu bekas untuk sekali penyusuan sahaja. Contohnya, setakat 2 oz hingga 4 oz sahaja. Ini adalah untuk mengelakkan daripada berlakunya pembaziran kerana susu yang dibekukan dan telah dicairkan tidak boleh dibekukan semula.

  1. Tinggalkan sedikit ruang pada bekas penyimpanan susu ibu

Jangan penuhkan bekas penyimpanan sehingga ke penutupnya. Anda perlu meninggalkan sedikit ruang di dalam bekas penyimpanan untuk membolehkan proses pengembangan berlaku ketika susu dibekukan.

  1. Amalkan FIFO

Adalah penting untuk anda mengamalkan konsep FIFO iaitu First In First Out untuk mengelakkan susu perahan yang disimpan melangkaui jangka hayat yang dibenarkan. Sentiasa gunakan susu yang dipam lebih awal terlebih dahulu.

  1. Simpan di dalam peti sejuk

Sentiasa simpan susu perahan di bahagian paling sejuk di dalam peti sejuk atau di bahagian sejuk beku (freezer). Anda boleh merujuk jadual berikut untuk mengetahui tempoh masa jangka hayat penyimpanan susu ibu:

milk booster terbaik

Simpan Jadual Ini Sebagai Rujukan Anda

Semoga tips berkaitan cara penyimpanan susu ibu yang dikongsikan ini mampu membantu anda mengamalkan teknik-teknik yang betul  dan berkesan untuk meneruskan penyusuan susu ibu demi untuk kebaikan kesihatan anak anda.

nak tambah susu badan

  1. Bekas susu yg plastic bag, blh guna semula ka?

    • Plastik penyimpanan susu tidak boleh diguna semula bagi pengelakkan susu perahan tercemar dan rosak

  2. Sy ingin bertanya, setelah memerah susu tidak mengapakah sekiranya sy trus memasukkan ke bhagian freezer?

  3. Assalamualaikum,

    Jika saya defrost 10oz susu tetapi saya hanya ingin menggunakan 4oz susu, boleh ke saya menyimpan balance 6oz susu tadi di bahagian chiller?

  4. Salam..sy nk tanya..sy dah letak stok susu perahan dalam deep freezer, pastu semasa kenduri haritu ada org off kn suiz deep freezer, selepas 4 hari baru perasan suiz dimatikan?. Adakah susu masih elok?

    1. Ada susu yg dah cair(yg bertindih)
    2. Ada susu yg masih ada beku tp cair sedikit(sbb ltk dekat dasar)

  5. Assalamualaikum.

    Saya nak bertanya kalau susu yang telah disimpan lebih dari 8 hari didalam chiller dan dah pun menjadi separa beku masih boleh diberikan kepada baby atau tak?

    Terima kasih.

  6. Salam.. kalau susu dah kita bagi kat baby.. tpi masi ada balance dlm botol tu,, boleh kah kita bagi lagi kat baby balance yg dah dia mnm td? Dan brp lama boleh tahan. T.kasih

  7. Salam.. Utk susu perahan simpan dlm freezer peti ais 2pintu, bagaimana cara penyediaan betul utk bagi minum anak??

    Perlu simpan dlm chiller dulu, atau perlu biar di luar, di suhu bilik dulu, atau boleh terus panaskan utk penyusuan terus??

  8. Hye mommies
    Saya ada 2 soalan
    1.sblum ni lpas pam susu saya dircect letak ke freezer..tak letak kat chiller dulu..adakah selamat utk anak saya minum?
    2.susu yg sda dibekukan..jika saya letak dalam chiller utk d cairkan then panaskn sblum anak mnum..brapa lama susu tersebut bertahan pada suhi bilik?

  9. Assalamualaikum puan, boleh sy tanya, sekiranya susu terus dibekukan selepas diperah, adakah selamat diminum oleh bayi?

  10. Salam puan,

    kalau susu beku seeloknya berapa lama boleh tahan untuk simpan?

    Kalau nak anta pada pengasuh, seeloknya kita isi stok susu dlm cooler bag terus lagi elok atau simpan dlm peti ais rumah pengasuh?

  11. Salam puan sy ingin bertanya..perlu kah kita mnyediakn peti sejuk yg khas utk susu, atau bleh cmpur dgn bahan basah lain dln peti ais

  12. Assalamjalaikum puan..
    Bagi yg bekerja..
    Klu simpan susu hanya pada suhu bilik..bertahan dalam 4jam mcmtu je kan. Cth..klu dlm 2jam selepas perahan.. blk rumah..boleh x dimasukkn terus utk dsejukbekukan..
    Dlm kes ni, brapa lama susu tu bertahan.
    terima kasih

  13. Assalamualaikum puan.
    Sy nak tanya, berapa lama susu yg di pam akan beku? Hal ini kerana, selepas sy pam susu, sy masukkan kedalam botol dan terus letak di freezer. Tapi, selepas beberapa hari, susu dlm botol tersebut masih tidak beku.

    Dan terjadi lg sekali, semalam sy pam pd jam 11.45am dan dimasukkan kedalam plastik. Tp bila tengok hari ni, susu dlm plastik tersebut juga masih belum beku..

    Adakah hal ini normal? Atau teknik penyimpanan sy salah? Dan adakah susu tersebut boleh digunakan?

  14. Salam.

    Bolehkah sy letak stok susu dibahagian chiller bercampur dgn barang makanan yg lain? atau sy perlu membeli storage compartment bertutup dahulu?

  15. Terima kasih untuk tips2 yang puan share ??

    • Sama-sama. Semoga tips yang dikongsikan bermanfaat untuk ibu-ibu yang sedang dan bakal menyusukan anak.

  16. Assamualaikum..jika susu tersebut telah dipanaskan dan diberi kepada bayi..tetapi bayi tidak habis minum..berapa lama baki susu tersebut boleh bertahan ye?

  17. Salam mommy,
    Jika bahagian freezer trdpt bahan mentah spt ikan dan ayam, bolehkah susu selamat disimpan sekali? Atau plstik susu perlu dimasukkan ke dlm tupperware utk mengasingkan susu dgn bahan mentha tersebut.?

  18. Salam puan,

    Susu yang dah siap dibekukan boleh tak diletakkan didalam beg ice untuk dibawa berjalan ? Dan berapa lama susu tu bertahan didalam beg ice tu ?

  19. Assalamualaikum, sy nk tanya susu yg telah dipanaskan & diberi kpd bayi blh x tahan bp lama yer kalo masih ade baki susu? T.kasih

  20. Assalam puan,
    Jikalau susu diisi dalam botol sebanyak 4oz dan disimpan didalam frigde 2-4c.
    Kemudian saya hanya transfer ke botol susu minum 2oz. Selebihnya disimpan semula. Adakah yg selebihnya itu masih boleh disimpan?

  21. Assalamualaikum.. Sy nk tanya selepas perahan susu berapa lama kah susu itu blh bertahan sebelum d masukan ke dlm freezer..

  22. Kalau saya ni kuat sangat travel,so mcm mana penyimpanan susu tu ye? Sebab ni baru first time nak pam susu.saya takde prngalaman peyimpanan susu dada.mohon tunjuk ajar.

  23. assalamualaikum puan.. saya tengah berpantang dan saya ade buat stock susu masa dekat kg hari tu.. lepas tu bila nak balik ke rumah saya sendiri saya bawak balik stock susu sy semua..saya letak dalam bekas tahan sejuk tu.. susu cair sedikit tapi yang beku masih ade.. tempoh dari kg ke rumah saya dalam 8jam.. susu tu masih elok ke puan?

  24. salam.. saya nak tanya momma ni sesuai diambil oleh ibu mengandung dari usia kandungan bayi ke berapa ye?

    • Kalau selepas melahirkan anak boleh ke diambil lagi?

  25. Salam sy ingin bertnya.. jika di rmh sy peti sejuk 1pntu, boleh x sy ltk susu di bhgian bwh dlu selama 3-5hr sblum dibekukan? Atau sy kena bekukan terus dr perahan?

  26. Assalamualaikum wbt.

    Saya ada refer comment di atas mengatakan, Susu yang telah dipanaskan, boleh bertahan selama 4 jam (selagi tidak diberikan kepada bayi).

    Saya ada dua soalan.

    Soalan 1:
    Sekiranya bayi telah minum sedikit susu, tetapi masih berbaki lagi, susu tersebut masih boleh di minum dalam tempoh berapa jam?

    Soalan 2:
    Sekiranya susu telah dipanaskan, tetapi masih belum diberikan kepada bayi, boleh kah susu tersebut DISUAMKAN semula sekiranya bayi ingin minum susu?

  27. Assalamualaikum puan
    Sy nk tanya, tahan brapa lama utk penyimpanan susu di dalam mini freezer?

    • Waalaikumussalam Puan Adila,

      Selagi suhunya di bawah 40° dan sentiasa sejuk, mini freezer boleh digunakan untuk menyimpan susu perahan bagi tempoh jangka masa yang pendek.

  28. Assalamualaikum puan..

    Maaf sy kurang faham.. kalau sy simpan d bahagian chiller sahaja boleh tak? lepas tu klw sy keluar kan susu dri chiller sy hanya perlu panaskan dan terus bg baby ke mcm tu? ?

    • Sy gunakan peti ais satu pintu. Stok susu sy simpan dibahagian freezer dgn suhu maks. Yg mana susu beku sepenuhnya. 1.Berapakah tempoh penyimpnn susu tersebut? 2. Sy letakkn susu beku dibahagian rak bawah untuk mencairkn nye. Namun, masih ada ketulan ais didalam susu tersebut. Adakah susu tersebut masih boleh dibekukan semula?

    • Waalaikumussalam Puan Nana,

      Boleh. Puan boleh keluarkan dan biar sekejap pada suhu bilik sebelum memanaskannya. Susu yang baru diperah dan diletakkan di bahagian chiller boleh bertahan sehingga 3-8 hari. Seeloknya adalah 3 hari.

  29. Salam puan. Saya nak bertanya, saya ada defrost peti sejuk saya. Dan dalam proses, ada beberapa susu beku yang mencair. Adakah dikira susu tuh tak boleh dibekukan kembali?

    • Waalaikumussalam Puan Fatin,

      Sekiranya susu tersebut tidak cair sepenuhnya (lebih 50%) dan masih mempunya kristal ais, ia tidak dikira telah defrost dan masih boleh dibekukan semula.

    • Minta maaf nak bertanya sikit lagi. Saya ada bekukan kembali susu yang cair tuh. Adakah susu tersebut sudah rosak dan tidak boleh digunakan?

      • Hi Puan Fatin,

        Jika susu telah cair sepenuhnya, Puan perlu menghabiskan susu tersebut dalam tempoh 24 jam.

  30. Salam Puan,

    Nak tanya, kalau di tempat kerja tiada peti sejuk, ada tak cara untuk saya simpan susu ibu?

    • Waalaikumussalam Puan Aida,
      Puan boleh meletakkan susu tersebut di dalam cooler beg berisi ice pack atau ice brick yang telah disejukbekukan semalaman. Dengan cara ini, susu tersebut boleh bertahan sehingga 12 jam.

      • Assalamualaikum Puan,

        kalau sudah letak susu dlm cooler beg, susu tu hanya akan brtahan selama 12jam jak? Lepastu macamana kalau baby saya x tgl dgn saya, sya akn jumpa baby hjung mgu jak..ada cara lain.. sbb macam syg susu sda smpn tpi mcm xdpt mau bg susu dgn baby.
        Terima kasih

  31. Salam puan,
    Nak tanya kalau susu sudah dikeluarkan dari chiller dan dipanaskan boleh tahan berapa lama ya selagi belum di minum oleh bayi?

    • Salam Puan Adibah.

      Susu ibu yang dikeluarkan dari bahagian chiller, dan dipanaskan boleh bertahan selama 3-4jam selagi tidak diberikan kepada bayi.

  32. saya ada satu kemusykilan berkaitan penyimpanan ebm.. adakah perlu selepas terus letak di freezer atau biarkan di chiller selama 3-5 hari then baru freezer.. atau selepas perah terus ke freezer,, how about freezer burn?

    • Hi Puan Amira,

      Selepas mengepam, susu ibu perlu dibiarkan berada dalam suhu bilik dahulu, sebelum disejukkan ke dalam chiller dan dipindahkan ke dalam freezer. Ini bagi memastikan khasiat susu ibu terpelihara, dan tidak rosak kerana perubahan suhu yg mendadak. Sekiranya puan merancang untuk menjadikan susu ibu tersebut sebagai stok beku , tidak perlu menunggu sehingga 3-5 hari sebelum dipindahkan ke freezer. Boleh dipindahkan lebih awal.

      Langkah-langkah yg boleh diambil untuk mengelakkan freezer burn;

      1. Gunakan plastik khas untuk penyimpanan susu ibu
      2. Elakkan isi penuh botol / plastik. Beri ruang udara untuk susu mengembang apabila beku.
      3. Guna susu mengikut teknik FIFO (first in, first out) bagi mengelakkan susu terlalu lama berada di dalam freezer. Susu yg tersimpan terlalu lama juga boleh mengalami freezer burn

      Walau bagaimanapun susu yang mengalami freezer burn masih selamat diminum oleh bayi puan.

      • Salam..nk tnye..boleh ka susu Ibu fresh from pump atau susu frozen sentiasa di warmkn dgn warmer dgn suhu 40 drjahcelcius supaya standby any time bila baby nak susu..mohon pencerahan..

  33. Salam mommy,
    Macam mana nak simpan susu di tempat kerja? Perlu ke terus bekukan? Takut dalam perjalanan balik, tercair pula. Nanti dah tak boleh bekukan semula. Apa method paling sesuai untuk simpan di tempat kerja dan cara nak bawa pulang?

    • Waalaikumussalam Puan Farhana. Terima kasih kerana menghubungi kami.

      Puan boleh meletakkan susu tersebut di bahagian chiller terlebih dahulu pada waktu kerja dan mengisi susu tersebut di dalam cooler beg berisi ice pack yang telah dibekukan sebelum pulang. Apabila berada di rumah, Puan mesti memindahkan terus ke dalam peti sejuk sama ada di bahagian chiller atau freezer.

      Perlu diingat bahawa susu yang telah dibekukan semasa bekerja dan telah mencair ketika dalam perjalanan pulang tidak boleh dibekukan semula. Perkara ini sangat penting jika Puan ingin menyimpannya sebagai stok.

  34. Salam mommy iskandar.. mcm sy, sy ltkkan susu dlm peti sejuk bhgian rak atas shj (peti 2 pintu)..xbekukan ..jd brpe lame yer boleh tahan? Dan mcm mane, klu susu yg dh dkluarkan tu, xhabis lg sbb anak tido, then sy masukkan smula dlm peti tmpt yg same..? Adakah boleh dgunakan lg dan Brp lame bole tahan?

    • Susu yang diletakkan di bahangian rak atas (Peti Sejuk 2 Pintu) boleh tahan untuk tempoh 3-5 hari. Jika susu tersebut telah dikeluarkan, dipanaskan dan diberi minum kepada bayi, Puan tidak boleh menyimpannya semula di dalam peti sejuk.

Leave a Reply to Ika Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2023 MOMMA Industries Sdn. Bhd. (1136928-P). All rights reserved.