Cara Banyakkan Susu Badan Secara Semulajadi

Apakah cara banyakkan susu badan yang terbaik?

Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi dan terdapapt pelbagai cara untuk banyakkan susu badan secara semula jadi.

Ianya merangkumi pelbagai jenis nutrisi yang diperlukan untuk tumbesaran si kecil. Kolostrum yang dihasilkan oleh payudara ibu pada beberapa hari terawal akan membekalkan antibodi yang baik untuk bayi melawan jangkitan.

Penyusuan pertama bayi akan dimulakan dengan menjilat, hisap dan berhenti sebentar. Pola hisapan sebegini biasanya berlaku beberapa jam dan adakalanya beberapa hari. Ianya merupakan sebuah pola semula jadi bagi manusia. Bayi akan pandai menghisap susu dan melekap pada payudara ibu dengan sendirinya.

Ibu yang pertama kali melahirkan pasti teruja melihat dan merasai keadaan ini dan ianya memberikan satu pengalaman yang baru bagi si ibu.

Namun begitu, sesetengah ibu yang menyusukan bayi akan menghadapi masalah kekurangan susu dan ianya biasanya terjadi kepada ibu yang bekerjaya serta ibu yang mengalami masalah hormon selepas melahirkan anak.

Selain itu, antara sebab-sebab utama yang lain mengapa ibu boleh kekurangan susu badan adalah kerana tekanan, faktor pemakanan yang tidak sihat atau kurang seimbang, bayi yang tidak kerap disusukan, bayi tidak mahu menyusu, mengambil ubat-ubatan yang mempengaruhi horman dan menghasilan susu serta kurang minum air.

Oleh itu, terdapat beberapa cara untuk banyakkan susu badan secara semulajadi dan ianya mudah untuk diamalkan oleh si ibu walaupun berada dalam apa juga keadaan sekalipun. Pemakanan si ibu sedikit sebanyak memberi impak kepada penghasilan susu badan.

Terdapat beberapa makanan yang boleh menambah serta menggalak penghasilan susu badan secara berkesan. Di antaranya adalah:

Sentiasa bertenang

 

Antara punca susu badan berkurang adalah kerana si ibu berasa tertekan atau stress. Oleh itu, tarik nafas dalam-dalam dan hembus dengan perlahan. Selain itu, boleh lakukan aktiviti-aktiviti yang boleh tenangkan diri dan fikiran dengan pergi ke taman atau bermanja dengan suami dan ianya antara cara banyakkan susu badan si ibu.

 

Amalkan pemakanan yang sihat

 

Susu badan ibu amatlah penting untuk bayi kerana segala nutrisi yang diperlukan terdapat pada susu ibu. Jadi, pengambilan makanan yang sihat amatlah penting bagi memastikan susu badan ibu sentiasa banyak dan cara banyakkan susu badan ini sering digunakan oleh pengamal perubatan serta pakar pemakanan dan ianya terbukti berkesan.

 

Minum air 2 ke 3 liter sehari

 

Air merupakan elemen penting dalam sistem tubuh badan manusia. Minumlah air sekurang-kurangnya 8-10 gelas atau 3 liter sehari. Air adalah ejen yang akan membantu dalam melancarkan proses pengeluaran susu badan dan semasa proses menyusu, hampir 30% hingga 40% air dalam badan diperlukan untuk menghasilkan susu badan untuk si bayi.

 

Pengambilan sayuran hijau

 

Pengambilan sayuran hijau merupakan antara cara banyakkan susu badan ibu. Bayam terutamanya mengandungi kadar vitamin dan mineral yang tinggi termasuklah zat besi, kalsium, folat serta vitamin A. Khasiat ini amat membantu untuk penghasilan susu badan tanpa mengambil masa yang lama dan ianya mudah untuk didapati di pasar tani.

 

Makanan tambahan seperti ‘milk booster’

 

Di dalam usaha menambah dan memekatkan susu badan, para ibu perlu menitikberatkan makanan perangsang susu badan dalam pemakanan seharian. Makanan perangsang merupakan salah satu cara banyakkan susu badan dan ini lebih terkenal dengan nama ‘milkbooster’ dan ianya terdapat dalam pelbagai jenis sumber makanan dan minuman.

 

Antara milk booster yang terbaik untuk para ibu adalah MOMMA Pregolact yang mengandungi bahan semulajadi bertindak sebagai perangsang. Ianya diformulasi khas untuk ibu hamil dan menyusu supaya susu badan lebih lancar dan banyak. Ianya juga melengkapkan nutrisi pada badan dan menjadikan ibu lebih bertenaga untuk menyusu.

Demikian beberapa cara yang dapat dikongsi kepada para ibu untuk membantu dalam menambah susu badan. Semoga saranan yang diberikan ini dapat memberi manfaat dan kebaikan kepada anda demi mengekalkan kuantiti dan kualiti susu badan buat si kecil comel anda.

 

Susuilah bayi anda dengan penuh kasih saying dan apa yang penting sekali  ialah usaha oleh para ibu sekalian untuk menghasilkan susu badan yang banyak dengan pertolongan para suami juga.