RM0 0
Cart

No products in the cart.

Kepentingan Makanan Berkhasiat Untuk Ibu Menyusu

MOMMA Pregolact

Pengambilan diet atau makanan berkhasiat untuk ibu menyusu adalah penting untuk si ibu dan juga bayi. Pemakanan seharian yang seimbang sangat penting, tambahan lagi bagi ibu menyusu, semua makanan dan minuman yang kita ambil juga akan turut disalurkan kepada anak.

Susu ibu merupakan sumber makanan yang penting untuk tumbesaran bayi. Susu ibu dapat meningkatkan antibodi badan anak untuk melawan penyakit. Justeru,sangatlah penting bagi ibu menyusu mengambil makanan atau minuman berkhasiat untuk keperluan tubuh si ibu sendiri & juga anak.

Apakah makanan berkhasiat untuk ibu menyusu seperti saya?

  • Anda memerlukan kalori yang lebih iaitu 400-500 kalori daripada biasa jika anda ibu yang menyusu.
  • Kerapkan minum air, 8 gelas sehari. Semasa menyusu pastikan ada air masak di sebelah.
  • Pilih makanan yang tinggi dengan zat besi seperti buah kering : kismis dan kurma yang merupakan milk booster semula jadi.
  • Makanan seperti buah tin dan zaitun yang tinggi dengan vitamin C mampu meningkatkan penyerapan zat besi.
  • Makan makanan yang tinggi protein seperti telur, bahan tenusu dan kekacang.
  • Ibu menyusu juga memerlukan keperluan kalsium yang tinggi. Minum segelas susu setiap hari kerana susu diperkaya dengan kalsium dan vitamin D. Badan anda memerlukan lebih kalsium jika hamil dan menyusu kerana kedua-dua anda dan bayi memerlukan kalsium. Kajian mendapati wanita hilang 3-5% komposisi tulang semasa menyusu.
  • Omega 3 bagus untuk perkembangan minda bayi anda. Namun, kebanyakan sumber makanan yang mengandungi omega 3 datang dari ikan (sesetengahnya tinggi dengan merkuri). Walaubagaimanapun, makanan tambahan yang mempunyai omega 3 adalah selamat untuk dimakan.
  • Dalam kesibukan ibu menyusu bekerja, pengambilan makanan tambahan / supplement juga sangat penting bagi membantu anda mendapat khasiat dan nutrisi yang cukup untuk anda dan bayi anda.
  • Cadangan: Segelas susu MOMMA® PREGOLACT® (susu untuk ibu menyusu / susu untuk ibu mengandung Malaysia) setiap malam sebelum tidur

 

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    © 2023 MOMMA Industries Sdn. Bhd. (1136928-P). All rights reserved.