FREE SHIPPING OVER RM173 (Peninsular Malaysia)

LAST CALL: LOWEST PRICE GUARANTEE 50% OFF. EXPLORE

ACCOUNT

Petua & Nasihat
Posted in

Petua Mudah Bersalin Anak Lelaki

Posted in

MOMMA Pregolact

Petua mudah bersalin adalah sesuatu yang bukan direka-reka oleh orang-orang terdahulu. Tiada salahnya untuk mencuba petua mudah bersalin kerana itu merupakan satu usaha agar dipermudahkan proses kelahiran kelak.

Berikut adalah beberapa petua yang boleh diamalkan ketika menanti waktu-waktu untuk melahirkan:

  1. Sentiasa bersenam

Ibu hamil perlu rajin melakukan senaman yang sesuai dengan bulan kehamilan. Di akhir trimester, digalakkan untuk memperbanyakkan berjalan kaki bagi memudahkan kepala bayi turun dan masuk ke laluan rongga punggung serta membuka pintu rahim.

Selain itu, ibu hamil boleh mengamalkan petua mudah bersalin dengan memperbanyakkan aktiviti turun naik tangga, senaman jalan itik dan mencangkung (squatting) bagi mempercepatkan proses bukaan pintu rahim dan seterusnya memudahkan proses bersalin.

  1. Kerja rumah jangan ditinggalkan

Di awal trimester kehamilan, para ibu dinasihatkan untuk banyak berehat kerana dikhuatiri akan mengakibatkan keguguran. Namun, pada hujung trimester, ibu hamil digalakkan untuk melakukan kerja rumah seperti menyapu lantai, mengemop, mencuci dan lain-lain kerja rumah sebagai salah satu teknik natural inducer.

Di minggu terakhir kehamilan, rajinkan diri menyental tandas sambil mencangkung, mana tahu ianya adalah cara cepat menggalakkan proses bukaan rahim dan salah satu usaha petua mudah bersalin untuk anda!

  1. Bersama pasangan

Kerap bersama suami di waktu akhir trimester juga merupakan petua mudah bersalin yang kerap dikongsikan di mana ia mampu membantu untuk membuka pintu rahim. Terdapat kajian mengatakan air mani yang mengandungi prostaglandins, iaitu bahan di dalam air mani yang seakan hormon untuk mempercepatkan proses bersalin, mampu merangsang proses pengucupan rahim dan bukaan rahim.

  1. Minum teh herba

Mengamalkan minum Raspberry leaf tea merupakan petua mudah bersalin yang dikongsi oleh orang barat. Dikatakan, dengan mengamalkan meminum Raspberry leaf tea di minggu-minggu terakhir kehamilan mampu melancarkan proses bersalin.

  1. Nipple stimulation

Petua mudah bersalin seterusnya ialah kerap lakukan nipple stimulation atau rangsangan terhadap puting untuk beberapa jam sehari. Dikatakan, ianya dapat membantu pengeluaran hormon oksitosin secara semulajadi dan mempercepatkan proses kontraksi berlaku dan sekali gus, mempercepatkan bukaan pintu rahim.

nak tambah susu badan

  1. Amalkan pemakanan kurma

Kurma amat baik untuk diamalkan oleh ibu hamil pada sepanjang waktu kehamilan. Kurma mampu membekalkan tenaga dengan segera kerana ianya mudah diserap dan diproses. Mengamalkan memakan kurma semasa sedang sakit bersalin dan ketika menunggu untuk masuk ke bilik bersalin dikatakan petua mudah bersalin.

Seperti difirmankan oleh Allah S.W.T di dalam surah Maryam:

“Dan goyangkanlah pangkal pohon kurma itu kearahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu, maka makan, minum dan bersenang hatilah kamu”

Khasiat kurma untuk ibu bakal bersalin ialah ia dapat memudahkan proses bersalin dan mengurangkan kehilangan darah semasa bersalin.

Bagi kebanyakkan ibu yang sedang mengalami sakit bersalin adakalanya kesakitan membuatkan para ibu tiada selera untuk menjamah makanan. Meskipun begitu, ibu yang hendak bersalin memerlukan tenaga yang banyak untuk mengeluarkan bayi. Ibu digalakkan untuk meminum segelas susu MOMMA® sebelum dan selepas bersalin. Selain membekalkan tenaga, susu MOMMA® juga merangsang pengeluaran susu ibu.

  1. Amalan rohani

Dekatkan diri dengan Allah S.W.T. Rajinkan diri untuk membaca Al-Quran sepanjang kehamilan dan sentiasalah bersolat hajat, tahajjud, berzikir dan berdoa agar dipercepatkan bukaan rahim serta dipermudahkan proses bersalin. Mengamalkan membaca Surah Maryam adalah petua mudah bersalin yang boleh diamalkan dari awal kehamilan sehingga saat-saat menunggu kelahiran.

Selain itu, memperbanyakkan bacaan tasbih seperti berikut :

“Maha Suci Allah”

Dan

“Aku pohon ampun kepada Allah”

Dan, amalkan membaca doa ini ketika saat hendak bersalin :

“Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau (Allah), maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang-orang yang zalim”

dan juga doa ketika hendak bersalin,

“Allah telah mencukupi segala sesuatu bagiku dan sebaik-baik yang ku serah diri kepada Allah”

Mudah-mudahan, dengan mengamalkan petua-petua mudah bersalin yang dikongsian ini, para ibu akan lebih bersedia dan diberikan kemudahan oleh Allah S.W.T untuk melalui proses melahirkan nanti.

 

 

Join the conversation

SHOPPING BAG 0